jump to navigation

Tentang

Kesturi merupakan halaman sesawang yang dibangunkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), sebuah pertubuhan ilmiah yang dimapankan pada 29 hb. Mei 1977.

Pada mulanya Akademi ini memang tidak ditujukan kepada ahli sains sosial atau kemanusiaan, tetapi mulai lebih kurang sedasawarsa penubuhannya, perlembagaannya dipinda supaya semua ilmuwan dalam bidang apa pun dapat menganggotainya sesuai dengan makna sains mengikut perspektif Islam. Kini, anggota ASASI menjangkau lebih daripada 300 orang ahli (kebanyakannya ahli akademik dan peiktisas) dalam pelbagai bidang ilmu. Sesiapa yang memiliki ijazah dalam apa juga bidang layak memohon menjadi ahli biasa ASASI. Selainnya bolehlah memohon untuk menjadi ‘ahli bersekutu.’ ASASI juga menawarkan kepada seseorang individu menjadi ahlinya bertaraf Anggota Kehormat jika seseorang rakyat Malaysia Muslim itu dianggap banyak memberi sumbangan pembangunan sains atau teknologi kepada umat Muslim di Malaysia.

Dengan semangat untuk mendukung cita-cita kesatuan dan kesepaduan ilmu, sepertimana yang menjadi temanya, ASASI telah mengariskan beberapa tujuan penubuhannya. Ini termasuklah:

Semenjak penubuhanya, ASASI menerbitkan warkah berita dwitahunannya yang berjudul ASASAINS. Di samping itu juga, semenjak 1990, ASASI turut menerbitkan jurnal ilmiah dwitahunannya juga yang berjudul Kesturi, yang kini nama tersebut dirakam pada halaman sesawang ASASI ini. Selain menganjurkan kegiatan wacana, sama ada berbentuk seminar, bengkel, persidangan dan sebagainya, ASASI dalam waktu yang sama juga menerbitkan buku-buku ilmiah dan pascasidang kepada simposium yang mengungkapkan gagasan tentang pengIslaman ilmu atau isu-isu semasa mengikut perspektif Islam. Antaranya buku-buku tersebut termasuklah, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains 8 (Mohd Yusof Haji Othman et al.), Pemikiran Sains Masa Kini (Osman bin Bakar), Al-Farabi: Life, Works and Significance (Osman bin Bakar), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Shaharir bin Mohamad Zain), A positive Aspect of Tasawwuf. A Preliminary Thought (Syed Muhammad Naquib al-Attas), dan lain-lain lagi.

Comments»

no comments yet - be the first?