| www.flickr.com |
Bengkel Perencanaan Pembangunan Intelek November 26, 2010
Posted by admin in : Hebahan , 2commentsBENGKEL PERENCANAAN PEMBANGUNAN INTELEK
‘Agenda Pembangunan Masyarakat Menggunakan TMK/ICT
dalam 10 Tahun Akan Datang’
Penceramah / Fasilitator : Y.M Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen bin Tengku Ibrahim
(Konsultan / Mantan Ketua Pengarah MIMOS )
Tarikh : 8-9 Jan 2011
Masa : 8.30 pagi-5.00 ptg
Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM
Anjuran: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Sinopsis:
Siri bengkel ini bertujuan menjana misi dan membentuk idea dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat, melalui aplikasi dan pelaksanaan TMK di peringkat kebangsaan. Bengkel yang diadakan selama 2 hari menumpu kepada penjanaan dan penyatuan idea agar dapat membentuk satu kerangka kerja bersepadu dalam kalangan masyarakat dari pelbagai sektor terutama penyelidik, pendidik, ahli korporat dan sebagainya. Penglibatan pelbagai sektor ini diharap dapat menggabungkan tenaga dan idea dalam membantu membangunkan masyarakat. Ia juga diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan kerangka kerja yang bersepadu tersebut dalam mengaplikasi TMK bagi pembangunan masyarakat secara total dan mapan.