jump to navigation
www.flickr.com

Seminar Pemikiran Fizik Semasa February 22, 2009

Posted by Urusetia ASASI in : Hebahan , 3comments

Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains.

Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua displin ini ternyata memang sarat falsafahnya.

Sehubungan dengan itu, ASASI kali berikutnya membawakan Seminar Pemikiran Fizik Semasa bagi mengupas persoalan-persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Butiran seminar menarik ini adalah seperti berikut:

Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Pembentang:

Prof. Dr. Hishamuddin Zainuddin (UPM)
Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian

Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (UM)
Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi – Sains Seperti Yang Kita Difahamkan

Prof. Dr. Shahidan Radiman (UKM)
Hubungan Antara Kosmologi Moden dengan Teori Nombor

Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Fizik dan Topos

Prof. Madya Dr. Zainal Abdul Aziz (UTM)
Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru Matematik Fizik

Untuk mendaftar, sila isi borang penyertaan di bawah: