kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Archives for the ‘Rencana’ Category

Intelektual al-Haramain Sebagai Penyepadu Ilmu

By Mohd Zaidi Abdullah • Aug 2nd, 2008 • Category: Rencana

Al-Haramain yang mencakupi Tanah Suci Mekah di Masjidil Haram dan Madinah di Masjid Nabawi merupakan pusat ibadah dan pengajian Islam yang cukup terkenal pada suatu ketika dahulu (ada kala tempat ini lebih tinggi tarafnya daripada al-Jami’ al-Azhar). Ini kerana tempat-tempat lain belum tentu dilawati oleh orang ramai termasuk ulama tetapi al-Haramain merupakan tempat umat Islam berkumpul dari seluruh dunia.



Mencerna Sains Menurut Acuan Alam Melayu-Islam

By Shaharir Mohamad Zain • Jul 30th, 2008 • Category: Rencana

Apakah tabii sains Melayu-Islam? Sains Melayu-Islam ialah sains yang diolah semula, ditafsir, disesuai dan dibangunkan oleh mereka yang prihatin kepada umat Islam, serta berpandangan alam Melayu dan mengungkapkan buah fikirannya dengan berwahanakan bahasa Melayu dan tidak bercanggah dengan nilai Islam. Pandangan alam Melayu itu tentunya sarat dengan nilai risalah Islam yang dengan rela hati didukungi oleh orang Melayu kerana keislamannya atau wawasan



Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

By Shaharir Mohamad Zain • Jul 30th, 2008 • Category: Rencana

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.



Biologi dan Kejadian Terancang

By Nasarudddin Abdullah • Apr 11th, 2008 • Category: Rencana

Orang-orang Islam wajib meyakini segala sesuatu dan segala kejadian yang berlaku di dunia dan di akhirat adalah ketentuan Allah s.w.t. Perkara ini berulang-ulang kali ditegaskan oleh Allah dalam Kitab Sucinya al-Quran al-Karim. Kejadian yang nyata yang dapat disaksikan dengan pancaindera yang dianugerahi Allah s.w.t kepada kita ialah seperti bersinarnya matahari, bercahayanya Bulan dan tetapnya manzilah (trajektori) matahari dan Bulan itu