kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Archives for the ‘Makalah’ Category

Pengislaman Sains sebagai Rencana Penyelidikan Jangka Panjang: Ke Arah Mengamalaksanakan Sains Islam Jika Anda Benar-Benar Mahu

By Adi Setia • Jul 4th, 2009 • Category: Makalah

Sains Islam sebagai disiplin ilmiah yang merumuskan rencana penyelidikan tajribi/amali/empiris jangka panjang yang bertujuan mengamalaksanakan nilai-nilai adab dan ilmu Islam (tatanilai ilmu dan tatanilai adab) ke dalam semua kegiatan sains dan teknologi masakini. Pengertian ini menjadikan ‘Sains Islam” sebagai satu kerangka/paradigma baru, atau tatakaedah penyelidikan baru, bagi semua kegiatan sains masakini agar terbina sains dan teknologi yang menzahirkan Pandangan Alam Islam (Islamic Worldview) ke dalam alam nyata.



Kesalingkaitan antara Agama dengan Sains: Ke Arah Meletakkan Semula Sains & Teknologi di bawah Pengarahan Shari‘ah Islamiyyah

By admin • Jul 4th, 2009 • Category: Makalah

oleh: Dr. Adi Setia2
1. Pengenalan: Hubungkait antara ‘Ulum Naqliyyah dengan ‘Ulum ‘Aqliyyah
Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu naqliyyah dan ilmu ‘aqliyyah, di mana ilmu ‘aqliyyah dilihat sebagai berkhidmat kepada ilmu naqliyyah.3 Maka dari hakikat itu, kita boleh faham bahawa, dalam konteks semasa ini, sains dalam Islam ialah sains [...]



KERAJAAN CAMPA - Hubungannya Dengan Vietnam

By admin • Jul 4th, 2009 • Category: Makalah

Mohamad Zain Bin Musa
ATMA – UKM
Campa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan [...]



Penyebaran Pertama Epistemologi di Asia Tenggara

By Mohammad Alinor Abdul Kadir • Jul 3rd, 2009 • Category: Makalah

Sebelum beberapa penemuan yang kami buat sekitar tiga tahun kebelakangan ini terhadap keberadaan suasana kecendekiawanan pada zaman-zaman awal Asia Tenggara, umum hanyalah mengetahui secara rambang bahawa wujudnya masyarakat cendekia dikalangan penganut Hindu dan Buddha yang menghuni Asia Tenggara. Tidak pernah ditunjukkan apakah aktiviti-aktiviti ilmiah yang diusahakan oleh masyarakat cendekia ini. Adakah mereka memiliki perpustakaan?



Sains Sosial & Mengkaji Masyarakat Sendiri

By Ahmad Murad Merican • Jun 18th, 2009 • Category: Makalah

Dalam konteks mengurangkan pergantungan masyarakat kita yang kian beratus-ratus tahun menjadi penerima konsep dan pemikiran dari Eropah dan dunia Oksiden, perhubungan dengan beberapa buah masyarakat cendekiawan Asia dan bukan Barat mesti dilhat dari sudut strategik. Cendekiawan, ahli akademik, pendidik dan sarjana Malaysia hendaklah mula berdialog bukan hanya di kalangan kita sendiri dalam mengkritik.



Beberapa Aspek Teori Kalam dan Kaitannya dengan Kosmologi Moden

By Shahidan Radiman • Apr 19th, 2009 • Category: Makalah

Asas agama Islam ialah tauhid dan pengtauhidan terletak ke atas Dzat, sifat, asma’ (nama) dan af’al (perbuatan) Allah. Dzat Allah tidak diketahui begitu pula “Tangan” dan “Wajah” Nya yang harus diterima seperti yang disebut dalam Al_Quran tanpa ditanyakan bagaimana. Sifat , Nama dan perbuatan Allah terlakar dalam semua ciptaannya samada alam semesta ( alam kabir) mahupun dalam diri manusia ( alam saghir).



Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi - Sains Seperti yang Kita Difahamkan

By Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah • Apr 17th, 2009 • Category: Makalah

Nama adalah label. Label mengkategorikan1 benda. Dua benda yang mempunyai ciri
berbeza diberi dua nama yang berbeza. Benda-benda yang dipanggil dengan nama yang
sama adalah sama, iaitu ia mempunyai ciri yang sama. Nama mengandungi maklumat
tersirat tentang ciri sesuatu benda. Tersirat dalam nama juga ialah hubungan di antara benda.