kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Archives for the ‘Makalah’ Category

Propaganda and the distortion of Worldview: A Preliminary Analysis

By Wan Ahmad Fayhsal • Aug 18th, 2009 • Category: Makalah

Propaganda and the distortion of Worldview: A Preliminary Analysis[1]
By Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal[2]

“The systems real strength lies not in the violence of the dominant class nor in the coercive power of the state apparatus, but rather in the citizen’s acceptance of the worldview of those who rule them”
Antonio Gramsci

[...]



Mantik Kabur dan Unsur Emosi Melayu

By Tahir Ahmad • Aug 4th, 2009 • Category: Makalah

Matematik ialah suatu pengembaraan yang dinamik dalam memahami corak di dalam dunia sekeliling dan juga di dalam minda kita. Huraian bagi pengembaraan ini cuba dipaparkan dalam kertas kerja ini. Ia dimulakan dengan pengenalan asas bagi teori kabur itu dan perbincangan bagaimana unsur emosi mempengaruhi bahasa seraya mantiknya. Halatuju penyelidikan dalam teori kabur disentuh bagi memperkuatkan lagi hujah bahawa bahasa, psikologi serta minda merupakan elemen terpenting bagi menghuraikan kejayaannya.



Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains Dan Etnomatematik Alam Melayu

By Mat Rofa Ismail • Aug 4th, 2009 • Category: Makalah

Hikmah mempunyai maksud yang murni dalam tradisi falsafah dan Islam. Dalam falsafah, hikmah menjadi matlamat ilmu pemikiran. Hikmah dianggap kualiti ilmu yang paling tinggi kerana maksud falsafah itu sendiri ialah kecintaan hikmah. Hikmah yang dikaitkan dengan falsafah itu ditakrifkan oleh Ibnu Sina dalam Risalah al-Tabi’iyyat sebagai penyempurnaan jiwa insan dengan mentasawwurkan segala urusan, membenarkan segala hakikat yang berbentuk teori (nazariah) dan amali (’amaliah) dengan segala kesungguhan dan keupayaan manusiaImam Malik mentakrifkan:Hikmah ialah mengenal agama (al-din) dan beramal dengannya. Dari segi bahasa,hikmah bermaksud ketepatan dalam perkataan dan amalan; kefahaman (al-fahm); penulisan (al-kitabah); kebaikan agama dan dunia (islah al-din wa islah al-dunya); kenabian (al-nubuwwah); ibu segala kebaikan (abu salih); ilmu anugerah (al-ladunni); penyingkapan rahsia untuk mendapatkan ilham.



Perkamusan dan Sains Komputer – Isu dan Cabaran dalam Era Teknologi Maklumat

By Mohd Yunus Sharum • Aug 4th, 2009 • Category: Makalah

Bagi sesetengah pihak, kamus bukanlah satu benda yang menarik, malah mungkin sesuatu yang jarang diberi perhatian oleh remaja dan kanak-kanak berbanding majalah hiburan dan komik. Namun bagi ahli bahasa, linguistik dan linguistik terkomputasi, kamus menjadi sumber rujukan yang penting. Ini kerana kamus menjadi sumber maklumat untuk memahami lebih mendalam terhadap makna dan ciri-ciri penting yang lain bagi sesuatu perkataan atau istilah.



Epistemologi & Kosmologi Ahmad Al-Sirhindi

By Mohd Nasir Mohd Tap • Aug 4th, 2009 • Category: Makalah

Walaupun perbincangan kami di dalam makalah ini agak kurang teratur serta tidak kemas, bahkan mungkin belum mampu untuk memaparkan keseluruhan pemikiran al-Sirhindi secara teratur dan utuh, namun ia kami anggap memadai sebagai sebuah pengenalan berbahasa Melayu yang kami kira sebagai nadir, apatah lagi sekiranya ia membabitkan isu-isu falsafah. Lebih-lebih lagi al-Sirhindi kurang dikenali di dunia kosmologi berbanding Ibn ‘Arabi. Namun sehingga kini, belum kami dapati sebuah karya yang memuaskan hati mengenai pemikiran beliau sehingga mendorong kami secara bersendirian menelaah pemikirannya yang tertuang di dalam surat-surat yang dikompilasi berjudul al-Maktubat.



Konsep Alam Geopusatan Dalam Naskhah Bustan al-Salatin

By Baharrudin Zainal • Aug 4th, 2009 • Category: Makalah

Naskhah Bustan al-Salatin merupakan karya Syeikh Nuruddin al-Raniri pada kurun ke 17 M. Walaupun karya ini diklasifikasikan sebagai naskhah kesusasteraan tradisional Melayu, namun terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mengandungi unsur-unsur saintifik. Dalam edaran naskhah Bustan al-Salatin, bab pertama disalin semula sebagaimana manuskrip MS 781. Kajian teks terhadap manuskrip ini menunjukkan kandungannya berkaitan kejadian dan struktur alam semesta. Dengan menjelmakan ayat-ayat deskriptif dalam manuskrip berkenaan, beberapa maklumat saintifik berkaitan konsep kosmologi dan ilmu falak diperolehi. Unsur-unsur kosmologi dan ilmu falak secara kuantitatif yang dapat digarap dalam naskhah ini, termasuklah aspek takwim yang berasaskan buruj dan Matahari, astrometri serta fenomena planet-planet.



Rumah yang Berkembang: Pengajaran daripada Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu

By Nangkula Utaberta • Jul 16th, 2009 • Category: Makalah

Keluarga merupakan unit terkecil dari sebuah tamadun yang memegang peranan penting dalam menentukan corak dan karakter sesebuah peradaban. Sebuah tamadun yang kuat hanya dapat lahir dari institusi-institusi keluarga yang kuat. Oleh kerana itu di dalam usaha memperkuatkan peradaban dan budaya Melayu kita perlu meneguhkan lagi sistem keluarga-keluarga yang ada pada masyarakat Melayu. Permasalahan yang [...]