kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Archives for the ‘Laporan’ Category

Pupus Bahasa

By Aqil Fithri • Feb 19th, 2009 • Category: Laporan

Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru.



Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

By Shaharir Mohamad Zain • Oct 6th, 2008 • Category: Laporan

Terhadap tiga orang pertama yang menjadi pembentang undangan itu, nampaknya ramai hadirin yang berpandangan “ketokohan”-nya tidak kena dengan majlis ini. Perbincangannya lebih kepada kepentingan bahasa Inggeris, bukan kepada tajuk Meja Bulat. Malah ditegur oleh beberapa orang hadirin supaya pengurusi membuat penegasan isu yang perlu dibincangkan, iaitu PSMI, bukannya kepentingan bahasa Inggeris.



Bengkel Pengislaman Ekologi dan Kajian Alam Sekitar: Sejarah, Falsafah & Pelaksanaan

By Urusetia ASASI • Sep 19th, 2008 • Category: Laporan

Bengkel selama dua hari tersebut dihadhiri oleh 23 peserta tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hj.Wan Mohamad bin Syeikh Abdul Aziz, di samping turut melibatkan pembentangan empat kertas kerja. Ini termasuklah kertas kerja dari Presiden ASASI sendiri, Prof Ir. Dr. Hj, Wan Ramli Wan Daud, dari Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang, AJK ASASI, Prof. Dr. Shahidan Radhiman, dan satu lagi juga dari AJK ASASI, Dr. Adi Setia.



‘Kedai Baru’ Menerusi Sains Alternatif

By Aqil Fithri • Sep 15th, 2008 • Category: Laporan

Sejumlah 20 orang peserta dari pelbagai latarbelakang ikhtisas telah menghadhiri Bengkel Pengislaman Ilmu 2008 yang dianjurkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM baru-baru ini. Bengkel yang bertemakan Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif (Islam & Melayu) tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah ATMA, Prof. Dato. Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.