Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008
By Mohd Rohaizat Abd Wahab • Oct 30th, 2008 • Category: HebahanSukacita dimaklumkan bahawa Laboratori Inovasi dalam Pendidikan Matematik, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008. Seminar tersebut akan diadakan pada 3-4 Disember 2008 bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia.

