kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Teknologi Islam

By Wan Ramli Wan Daud • Dec 26th, 2008 • Category: Makalah

Bagi ramai orang, artifak kejuruteraan terekacipta daripada sains gunaan iaitu sebagai hanya kegunaan hukum-hukum sains sahaja untuk mencapai tujuan praktik tanpa mempunyai asas ilmu tersendiri yang merdeka. Ilmu kejuruteraan dan teknologi yang termasuk juga rekacipta, seolah-olah dianggap sebagai ilmu yang lebih rendah martabatnya daripada ilmu sains kerana hanya merupakan kegunaan praktik ilmu sains.



Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris

By Wan Ramli Wan Daud • Aug 28th, 2008 • Category: Memorandum

Para sarjana Dunia telah ijmak bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui oleh UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.



Kimia Hijau Dalam Kerangka Teknologi Islam

By Wan Ramli Wan Daud • Aug 1st, 2008 • Category: Makalah

Beberapa konsep asas tentang ekologi dan ekosistem yang berkaitan dengan kimia hijau seperti yang diahami oleh Barat perlulah dijelaskan dahulu sebelum formulasi kimia hijau dalam kerangka teknologi Islam dikupas. Ekologi berasal daripada perkataan Greek οίκος (oikos atau penghuni rumah) dan λόγος (logos atau ilmu) yang bermaksud ilmu tentang penghuni rumah iaitu ilmu tentang interaksi di antara kehidupan dengan alam sekitar di sekeliling mereka.