kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Kesturi 2004/1425H, 14 (1 & 2)

By Urusetia ASASI • Aug 28th, 2008 • Category: Jurnal, Kesturi

Di bawah merupakan kandungan Jurnal Kesturi 2004/1425H, 14 (1 & 2) yang diusahakan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) secara dwitahunan semenjak tahun 1991. Jurnal Kesturi 2004/1425H, 14 (1 & 2) ini merangkumi empat malah, iaitu Hakikat Bahasa menurut Chomsky dan al-Attas: Satu Tinjauan Perbandingan (oleh Adi Setia bin Mohamad Dom), Some Issues in Science and Technology: Islamic Solutions (oleh Khalijah binti Mohd Salleh), Dialog peradaban Melayu dianalisis menerusi sebaran Kesusasteraan



Soal Selidik Bengkel ASASI (1)

By Urusetia ASASI • Aug 19th, 2008 • Category: Hebahan

Terlebih dahulu ASASI mengucapkan terima kaseh pada para peserta yang telah menghadiri Bengkel Pengislaman Ilmu 2008 yang dianjurkan di ATMA, UKM baru-baru ini. Bengkel yang melibatkan 20 peserta, meskipun kurang dari jumlah sasaran awal, telah mendapat reaksi lisan yang positif. Walau bagaimanapun, pihak ASASI ingin merekodkan segala ulasan, kritikan dan cadangan mengenai bengkel tersebut dalam bentuk yang lebih konkrit lagi bagi memperbaiki segala kekurangan yang ada.



Pengukuhan Epistemologi Alam Melayu

By Urusetia ASASI • Aug 13th, 2008 • Category: Hebahan

Adalah dimaklumkan bahawa Akademi Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) akan melancarkanSiri Wacana Pemikiran dan Epistemologi Alam Melayu (Wacana Fikir ATMA). Majlis ini akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dato Hj Razali Ismail dan seterusnya menyampaikan Syarahan Umum yang bertajuk Pengukuhan Epistemologi Alam Melayu.



Shaharir Mohamad Zain: Mentaliti Kita Terhadap Bahasa Inggeris Sesat dan Menyesatkan

By Urusetia ASASI • Aug 3rd, 2008 • Category: Wawancara

Umumnya, temuramah ini banyak membicarakan kedudukan Bahasa Melayu dalam konteks pendidikan tinggi di negara kita. Dengan bahasa yang santai-santai, dan tentunya menghiburkan, Shaharir Mohammad Zain, mantan Presiden ASASI telah memaparkan bagaimana betapa sesatnya cara fikir masyarakat Melayu terhadap ketaksuban penggunaan Bahasa Inggeris. Banyak tamsil dan misalan keadaan yang ditunjukkannya, yang sememangnya tampaknya kena sekali.



Bengkel ASASI (I)

By Urusetia ASASI • Aug 2nd, 2008 • Category: Hebahan

Pengislaman ilmu bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 1970-an lagi menerusi pelbagai kaedah. Walau bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad, usaha ini kelihatan masih belum cukup diterima di kalangan masyarakat, meskipun wacananya sudah masuk ke peringkat yang tinggi dan matang. Sehubungan dengan itu, satu bengkel pengislaman ilmu yang dikhususkan untuk generasi muda wajar diadakan bagi mengisi kekosongan ini.



Senarai Isi Kandungan Jurnal Kesturi (1991-2006)

By Urusetia ASASI • Aug 1st, 2008 • Category: Jurnal

Di bawah merupakan senarai kandungan Jurnal Kesturi yang diusahakan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) secara dwitahunan semenjak tahun 1991. Catatan ini diturunkan bagi memudahkan mana-mana pihak yang mahu melakukan rujukan, atau semakan terhadap mana-mana jilid jurnal yang dikehendaki. Sebarang pertanyaan/pembelian jurnal Kesturi bolehlah dirujuk kepada sekretariat ASASI menerusi alamat mel-e: asasi@kesturi.net.



International Conference On Contemporary Scholarship on Islam

By Urusetia ASASI • Aug 1st, 2008 • Category: Hebahan

Professor Izutsu’s name and fame in the world of academia and intellectual activity are due to his multifaceted work in the study of the Qur’an and Islam (both in Japanese and English) whereby he developed a unique approach combining philosophical and semantic methods in dealing with his object. Though he lived and taught in western universities, he managed, to a large extent, to keep clear distance from the Orientalist tradition that has for long, dominated the field of Islamic studies in the west.