kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak

By Shaharir Mohamad Zain • Dec 13th, 2008 • Category: Makalah

Sesuatu bahasa mencapai taraf bahasa ilmu jika dan hanya jika bahasa itu menjadi medium penting dalam dua ranahnya yang penting: urusan keilmuan dan urusan kehidupan beragrasana. Yang dimaksudkan urusan keilmuan itu ialah gelung perancangan, penstrategian, pelaksanaan dan penilaian dalam pengajaran dan pendidikan serta gelung penciptaan atau pembinaan, pengembangan dan penilaian ilmu.



Kritik Terhadap Teori Einstein dalam Al Qur’an

By Shaharir Mohamad Zain • Dec 10th, 2008 • Category: Buku

Buku setebal 291 pipi (pp) ini termasuk 6 pp Lampiran profil beberapa orang “ternama” yang memberi Kata Pengantar atau Sambutan terhadap karya ini, dan biodata pengarang, 7 pp rujukan, dan 12 pp indeks; tetapi tidak termasuk Mukaddimah Editor, Kata Pengantar, Kata Sambutan daripada beberapa orang yang profilnya di Lampiran itu, dan Ucapan Terima Kasih pengarang.



Some Weaknesses of The Relativity Theory On The Basis of Cosmological Doctrines

By Shaharir Mohamad Zain • Oct 8th, 2008 • Category: American Institute of Physics (AIP), Jurnal

Fundamental principles of the Einstein’s Theory of Relativity (ETR) are the continuum space-time axiom, the Mach principle and the constancy of the speed of light in a vacuo. It is shown by Whitehead [1] and Iqbal [2] that these axioms and other physical concepts involved are not independent of the German cosmological doctrine which are incompatible with the Christian-English and Islamic cosmological doctrines.



Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

By Shaharir Mohamad Zain • Oct 6th, 2008 • Category: Laporan

Terhadap tiga orang pertama yang menjadi pembentang undangan itu, nampaknya ramai hadirin yang berpandangan “ketokohan”-nya tidak kena dengan majlis ini. Perbincangannya lebih kepada kepentingan bahasa Inggeris, bukan kepada tajuk Meja Bulat. Malah ditegur oleh beberapa orang hadirin supaya pengurusi membuat penegasan isu yang perlu dibincangkan, iaitu PSMI, bukannya kepentingan bahasa Inggeris.



Tabii Kaedah Sains

By Shaharir Mohamad Zain • Sep 26th, 2008 • Category: Makalah

Kaedah/metode sains ialah cara-cara seseorang sarjana memperoleh ilmu baru. Oleh itu kaedah sains ialah kaedah/metode penyelidikan/penelitian/riset sains. Caranya mungkin dianggap dapat digali daripada pengalaman seseorang ahli sains, seseorang pelajar yang berjaya, seseorang guru yang berjaya, dan menyelami tabii sesuatu ilmu sains itu. Jika demikian persoalan ini mungkin banyak tindanannya dengan epistemologi, falsafah ilmu, dan falsafah pendidikan ilmu.



Wacana Bahasa Ilmu

By Shaharir Mohamad Zain • Sep 25th, 2008 • Category: Makalah

Dua unsur baru dalam wacana bahasa ilmu diketengahkan iaitu tahap sebenar bahasa Melayu sebelum abad ke-19 dalam sains dan teknologi dan peranan bahasa asal dalam penciptaan konsep dan teori sains semasa seperti dalam sains pengurusan yang dapat dikritik dan seterusnya dibina semula berasaskan etimologi dan simantik Melayu terhadap urus, pimpin, optimum, bunga/riba’ dan mudharabah; dan dalam Teori Einstein yang dibandingkan dengan konsep masa dan ruang Melayu, Inggeris, dan Jerman.



Siapakah Melayu?

By Shaharir Mohamad Zain • Sep 14th, 2008 • Category: Rencana

Ada banyak teori asal-usul bangsa. Melayu tidak terkecuali. Mereka yang yang terlibat dengan teori asal-usul manusia ialah agamawan, ahli mitologi, ahli biologi, ahli arkeologi, ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli linguistik. Samalah dengan teori bangsa lain juga, semua teori asal-usul Melayu itu berlegar pada dua teori amnya, iaitu teori yang berasaskan kepada hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” dan satu lagi berasaskan pada peribumi atau azali. Sesuai dengan judul bab ini perkara yang