kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme

By Shaharir Mohamad Zain • May 31st, 2009 • Category: Rencana

Berbicara soal “sains Islam,” kita tidak boleh terlepas daripada menyorot pandangan tiga pemikir penting. Pertama, Sayyed Hossein Nasr yang mengutarakan ilmu yang berdoktrin kosmologi Islam. Kedua, Syed Muhammad Naquib al-Attas yang memaparkan sifat-sifat ilmu pengetahuan kontemporari yang sekular. Dan ketiga, Isma‘il al-Faruqi yang menunjukkan pertembungan tradisi ilmu Islam dengan ilmu Barat.



Apa Ada Pada Bahasa Melayu?

By Shaharir Mohamad Zain • Apr 9th, 2009 • Category: Makalah

Dasar PPSMI yang diperkenalkan dalam tahun 2003 itu ditunjukkan sebagai suatu dasar yang tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam SAKTI seperti negara idaman perancang dasar ini (Negara Maju yang berbahasa Inggeris) apatah lagi negara maju dalam acuan sendiri, bahkan tidak kira berjaya atau pun tidaknya dasar itu yang pastinya dasar itu akan memufliskan bahasa dan kebudayaan Melayu.



Yang Mana Satukah Sebenarnya Tempat Pendidikan Islam?

By Shaharir Mohamad Zain • Apr 1st, 2009 • Category: Makalah

Perkataan “ajar” dan “didik” terutamanya dalam bentuk “mengajar” dan “mendidik” biasanya dianggap sama sahaja maknanya, iaitu memberi maklumat, pengetahuan, ilmu pengetahuan, ilmu atau makrifaht kepada seseorang. Namun pepatah Melayu pun mengatakan “kurang ajar” yang merujuk kepada seseorang yang biadab.



Sangkalan Terhadap PAGE

By Shaharir Mohamad Zain • Mar 6th, 2009 • Category: Surat

Tiongkok akan terus membangunkan bahasanya, bahasa Mandarin, sehingga benar-benar dapat bersaing dengan bahasa-bahasa sains dan matematik lain itu. PAGE juga perlu sedar bahawa bahasa Melayu dalam abad ke-5M hingga ke-12M sudah menjadi bahasa ilmu antarabangsa (ketika Eropah agak Gelap) kerana ribuan buku dalam bahasa Melayu dibawa ke negeri Tiongkok.



Kritikan Kedua Terhadap Mahathir Dalam Isu PPSMI

By Shaharir Mohamad Zain • Feb 20th, 2009 • Category: Surat

Apa pun “jawaban beliau” ini saya siarkan semula di bawah ini bagi memudahkan pembaca melihat konteks sangkalan balas saya satu persatunya pula. Bilangan bermula dengan 22 itu adalah bilangan asalnya kerana bilangan sebelumnya, bilangan 1 hingga 21, ialah jawaban beliau kepada perkara lain yang tiada kena mengena dengan PPSMI.



Pencapaian SAKTI Melayu Malaysia 1958-2002

By Shaharir Mohamad Zain • Feb 1st, 2009 • Category: Makalah

Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasionalisme bahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yang sedang membangun atau di negara ‘Dunia Ketiga” sahaja, tetapi juga berlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme atau nasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atau etnisiti.



Haluan Pengisian ASASI dalam Sains Islam

By Shaharir Mohamad Zain • Jan 19th, 2009 • Category: Makalah

I. Prabicara
ASASI telah berusia 30 tahun mulai 2009 ini. Kewujudannya adalah semata-mata untuk merealisasikan kefahaman sains Moden/Barat/Kontemporer mengikut perspektif Islam dan seterusnya berkarya dalam sains mengikut perspektif itu sehingga terbitnya sains Islam kontemporer. Sebelum ini, selama setengah usianya para pemimpinnya dan ahli-ahli utamanya hanya bercakap sesama sendiri sahaja, dan masing-masingnya meyakinkan dirinya tentang adanya sains [...]