kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu II

By Mohd Rohaizat Abd Wahab • Aug 4th, 2009 • Category: Hebahan

Etnomatematik adalah kajian tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum. Sekitar tahun 1970-an, bidang ini telah diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Eropah oleh beberapa tokoh seperti d’Ambrosio, Marcia, Paulus Gerdes, Ahuja Mangho dan Frank Swetz.

Perluasan tesis Kuhn, 1962 kepada matematik oleh Shaharir (1992) dan Ernest (1993) menunjukkan program sains matematik semuanya berasal daripada Etnomatematik. Matematik moden ini pada hakikatnya berkembang daripada etnomatematik dan ia merupakan kunci untuk memahami matematik kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama.



Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008

By Mohd Rohaizat Abd Wahab • Oct 30th, 2008 • Category: Hebahan

Sukacita dimaklumkan bahawa Laboratori Inovasi dalam Pendidikan Matematik, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008. Seminar tersebut akan diadakan pada 3-4 Disember 2008 bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia.