kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains Dan Etnomatematik Alam Melayu

By Mat Rofa Ismail • Aug 4th, 2009 • Category: Makalah

Hikmah mempunyai maksud yang murni dalam tradisi falsafah dan Islam. Dalam falsafah, hikmah menjadi matlamat ilmu pemikiran. Hikmah dianggap kualiti ilmu yang paling tinggi kerana maksud falsafah itu sendiri ialah kecintaan hikmah. Hikmah yang dikaitkan dengan falsafah itu ditakrifkan oleh Ibnu Sina dalam Risalah al-Tabi’iyyat sebagai penyempurnaan jiwa insan dengan mentasawwurkan segala urusan, membenarkan segala hakikat yang berbentuk teori (nazariah) dan amali (’amaliah) dengan segala kesungguhan dan keupayaan manusiaImam Malik mentakrifkan:Hikmah ialah mengenal agama (al-din) dan beramal dengannya. Dari segi bahasa,hikmah bermaksud ketepatan dalam perkataan dan amalan; kefahaman (al-fahm); penulisan (al-kitabah); kebaikan agama dan dunia (islah al-din wa islah al-dunya); kenabian (al-nubuwwah); ibu segala kebaikan (abu salih); ilmu anugerah (al-ladunni); penyingkapan rahsia untuk mendapatkan ilham.



Kelemahan Sains Barat Dan Mencari Paradigma Sains Alternatif: Satu Pandangan Peribadi

By Mat Rofa Ismail • Oct 5th, 2008 • Category: Makalah

Sains Barat yang berpegang kepada falsafah positifisme yang menolak sistem nilai dalam kajian emperikal sains, mempunyai banyak kelemahan yang tersirat. Falsafah ini walaupun diamalkan di Barat sebagai respons kepada konsep dualisme sains-agama, tetapi hakikatnya diamalkan di seluruh dunia dalam pemikiran saintifik moden, termasuk negara ini. Penulis mengajak untuk merenungi kembali tentang kekosongan vakum yang dialami sains wajah Barat ini khususnya apabila dimensi yang lebih holistik