jump to navigation
www.flickr.com

Konsep Alam Geopusatan Dalam Naskhah Bustan al-Salatin August 4, 2009

Posted by Baharrudin Zainal in : Makalah , 1 comment so far

Naskhah Bustan al-Salatin merupakan karya Syeikh Nuruddin al-Raniri pada  kurun ke 17 M. Walaupun karya ini diklasifikasikan sebagai naskhah kesusasteraan tradisional Melayu, namun terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mengandungi unsur-unsur saintifik. Dalam edaran naskhah Bustan al-Salatin, bab pertama  disalin semula sebagaimana manuskrip MS 781.  Kajian teks terhadap manuskrip ini menunjukkan kandungannya berkaitan  kejadian dan struktur alam semesta.  Dengan menjelmakan ayat-ayat deskriptif dalam manuskrip berkenaan, beberapa maklumat saintifik berkaitan konsep kosmologi dan ilmu falak diperolehi. Unsur-unsur kosmologi dan ilmu falak secara kuantitatif yang dapat digarap dalam naskhah ini, termasuklah aspek takwim yang berasaskan buruj dan Matahari, astrometri serta fenomena planet-planet. Analisis terhadap garapan saintifik ini menunjukkan penggunaan konsep alam geopusatan yang mantap dalam pemikiran saintifik Melayu-Islam. Seterusnya penggunaan konsep ini dikaitkan pula dengan aplikasinya dalam ilmu falak.

Bacaan lanjut di sini : konsep-alam-geopusatan-dalam-naskah-bustan-al-salatin