Konsep Alam Geopusatan Dalam Naskhah Bustan al-Salatin
By Baharrudin Zainal • Aug 4th, 2009 • Category: MakalahNaskhah Bustan al-Salatin merupakan karya Syeikh Nuruddin al-Raniri pada kurun ke 17 M. Walaupun karya ini diklasifikasikan sebagai naskhah kesusasteraan tradisional Melayu, namun terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mengandungi unsur-unsur saintifik. Dalam edaran naskhah Bustan al-Salatin, bab pertama disalin semula sebagaimana manuskrip MS 781. Kajian teks terhadap manuskrip ini menunjukkan kandungannya berkaitan kejadian dan struktur alam semesta. Dengan menjelmakan ayat-ayat deskriptif dalam manuskrip berkenaan, beberapa maklumat saintifik berkaitan konsep kosmologi dan ilmu falak diperolehi. Unsur-unsur kosmologi dan ilmu falak secara kuantitatif yang dapat digarap dalam naskhah ini, termasuklah aspek takwim yang berasaskan buruj dan Matahari, astrometri serta fenomena planet-planet.

