kesturi

mendukung cita-cita dan kesepaduan ilmu

Author Archive

Mohammad Alinor Abdul Kadir: Etnomatematik Mencabar Eropusatisme

By Aqil Fithri • Apr 27th, 2009 • Category: Wawancara

Kalau menurut John Horgan, dalam The End of Science: Facing The Limits of Knowledge In The Twilight of The Scientific Age hayat sains sudah berakhir. Sains sukar lagi membangunkan pengetahuan-pengetahuan baru. Tapi, tatkala hadhirnya etnomatematik, ternyata, maseh banyak lagi pengetahuan yang sedia dicungkil, lebih-lebih lagi jika kita menghubungkan bidang sains tabii dengan sains sosial. Etnomatematik adalah salah satu bidang yang bercirikan demikian.



Mohammad Alinor Abdul Kadir: Matematik Menembus Aritmetik-Geometri

By Aqil Fithri • Apr 19th, 2009 • Category: Wawancara

Kaedah pendidikan terbaik ialah kebelakaan. Namun, tampaknya pendidikan kita dewasa ini tidak lagi menekankan ciri penting ini. Mithalnya, matematik adalah salah satu subjek yang bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan permainan kefalsafahan. Inilah kebelakaan displin dalam satu subjek.



Shaharir Mohamad Zain: Etnomatematik Menambah Nilai Pendekatan Matematik

By Aqil Fithri • Apr 8th, 2009 • Category: Wawancara

Selain dikenali sebagai pakar dalam fizik kuantum, Shaharir Mohammad Zain yang memperoleh PhD dari La Trobe University ini turut akrab dengan bidang etnomatematik. Bidang ini menuntut kepada cungkilan khazanah berasaskan etnik, dan dalam kajiannya sudah tentu lebih tertumpu kepada Melayu. Justeru, wawancara ini cuba menimbulkan beberapa persoalan yang melibatkan bidang etnomatematik ini.



Mat Rofa Ismail: Falsafah dan Matematik Ibarat ¨Aur dan Tebing¨

By Aqil Fithri • Apr 3rd, 2009 • Category: Wawancara

Kaedah pendidikan terbaik ialah kebelakaan. Namun, tampaknya pendidikan kita dewasa ini tidak lagi menekankan ciri ini. Pendidikan kita lebih memberatkan ikhtisas yang melampau. Mithalnya, matematik adalah salah satu subjek yang bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan pergolakan kefalsafahan.



Shaharir Mohamad Zain: Menormalkan Sains Islam

By Aqil Fithri • Mar 21st, 2009 • Category: Wawancara

Tidak ramai intelektual yang berani rentas bidang. Kebanyakannya hanya bertakuk pada bidangnya semata, tanpa cuba melihat hubungan antara bidangnya dengan bidang-bidang yang lain. Dr. Shaharir Mohammad Zain adalah salah seorang intelektual yang bukan sahaja menguasai bidangnya dengan mendalam, tapi juga berani mencabar bidang-bidang lain yang sedia ada.



Nilai-Nilai Bahasa

By Aqil Fithri • Mar 10th, 2009 • Category: Rencana

Bila datangnya Thomas Kuhn dengan magnus opus-nya, The Structure of Scientific Revolutions, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya makin arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa karya yang melakarkan perkara persis. Mithalnya, menerusi Oswald Spengler dalam The Meaning of Numbers, dan Alvin White dalam Essay in Humanistic Mathematics.



Pupus Bahasa

By Aqil Fithri • Feb 19th, 2009 • Category: Laporan

Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru.