Pengislaman Sains sebagai Rencana Penyelidikan Jangka Panjang: Ke Arah Mengamalaksanakan Sains Islam Jika Anda Benar-Benar Mahu
By Adi Setia • Jul 4th, 2009 • Category: MakalahSains Islam sebagai disiplin ilmiah yang merumuskan rencana penyelidikan tajribi/amali/empiris jangka panjang yang bertujuan mengamalaksanakan nilai-nilai adab dan ilmu Islam (tatanilai ilmu dan tatanilai adab) ke dalam semua kegiatan sains dan teknologi masakini. Pengertian ini menjadikan ‘Sains Islam” sebagai satu kerangka/paradigma baru, atau tatakaedah penyelidikan baru, bagi semua kegiatan sains masakini agar terbina sains dan teknologi yang menzahirkan Pandangan Alam Islam (Islamic Worldview) ke dalam alam nyata.

