Kemas kini terbaru: October 18, 2016

Kategori

 

 

  • Kumpulan Penyelidikan

    Sains dan Teknologi

    Bahasa dan Linguistik

    Fizik Teori dan Matematik

    Falsafah

    Sains Sosial

    Ekonomi dan Kewangan



    (Nota: Pautan di atas akan dihubungkan ke laman khas setiap kumpulan penyelidikan terbabit)
  • Arkib

  • Cari topik / kata kunci

    Untuk carian topik tertentu, boleh gunakan enjin carian internet Google. Masukkan kata kunci / topik yang ingin dicari dan 'site: www.kesturi.net'. Cth: lawati www.google.com dan taip 'epistemologi site:www.kesturi.net' untuk mencari penulisan berkaitan epistemologi di kesturi.net. (Masih berkemungkinan akan menemui hasil daripada tempat lain juga)

     

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ikuti perkembangan ASASI dan kesturi.net dengan Twitter:
    @kesturidotnet

     

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kata sarjana,

"[S]ecara kasarnya, tidak ada teori-meta atau analisis teoretikal yang terbit dari dalam gagasan masyarakat kita sendiri selama lebih tiga dekad kewujudan pengajian komunikasi di Malaysia. Beberapa buah jabatan komunikasi telah mengambil dan membina satu perspektif yang amat behavioris dan positivis sehinggakan ia menyekat gugusan-gugusan lain dan tidak mengikitiraf bidang yang bersifat komunikasi jika ia ditempatkan dalam jabatan-jabatan lain. Mereka itu sebenarnya jumud. Itulah yang sedang terjadi pada kajian komunikasi di Malaysia seperti yang terlihat di beberapa buah universiti yangt terletak di Lembah Kelang – dan universiti-universiti tersebut diiktiraf oleh kumpulan sains sosial yang begitu dogmatik sekali sehinggakan mereka banyak mempengaruhi pemikiran sains sosial dan kajian komunikasi di lain-lain universiti baru yang memulakan program komunikasi. Apakah ini inovasi? Mengapa kita perlu begitu eksklusif sehingga buta kepada alam nyata?" - Ahmad Murad Merican, 'Sains Sosial & Mengkaji Masyarakat Sendiri'.

 


Kesturi 2015M/1436H, 25 (2)

buku-jurnal-kesturi

Jurnal Kesturi edisi 2015M/1436H, 25 (2) merangkumi empat makalah berikut :

1. Penggelintaran jenis perahu tradisi Malayonesia di Selangor 1-24 :
Mohamad Rohaizat bin Abdul Wahab, Nik Hasan Suhaimai Nik Abdul Rahman, dan Zuliskandar Ramli
_
2. Konsep kewustaan fungsi skalar tanpa kekangan. 26-31 :
Shaharir bin Mohamad Zain,
_
3. Model dwi-nisbah perkongsian keuntungan 33-49 :
Shar Nizam bin Sharif, Nurfadhlina binti Abdul Halim dan Saiful Hafizah binti Jaaman@Sharman,
_
4. Malay Classification of Buddhist Knowledge Revisiting VIadimir Braginsky’s Sistem of Classical Malay Literature 51-70 :
Tee Boon Chuan,
_

[Baca teks penuh...]

Kesturi 2015M/1436H Bil 25 (1)

buku-jurnal-kesturi

Jurnal Kesturi edisi 2015M/1436H, 25 (1) merangkumi empat makalah berikut :

1. Unsur Matematik dalam Hikayat Hang Tuah :
Abdul Razak bin Salleh, Puteri Norsabirah bt Jamaludin & Shaharir bin Mohamad Zain
_
2. Trigonometric solutions using sine quadrant :Baharrudin bin Zainal & Mat Rofa bin Ismail
_
3. Suatu kajian kesesuaian dan penerapan tafsiran evolusi sosial dan konsep kerajaan Malayonesia di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan falsafah Marx-Engels :
Nasha bin Rodziadi Khaw. & Nazarudinbin Zainun
_
4. Epistemologi Malayonesia berbahasa Melayu :
Shaharir bin Mohamad Zain
_

[Baca teks penuh...]

 

 

Intisari kandungan laman

Setakat ( 3 December 2016 )

« Sebelum | Halaman 1

Jurnal Kesturi : Kesturi 2014/1435H, 24 (2)

buku-jurnal-kesturi

 

 

Jurnal Kesturi edisi 2014/1435H, 24 (2) merangkumi lima makalah berikut :

 

 

  1. The Influence of Islamic Mathematics in the Malay World: A Study of Clasical Astronomical Tables :
    Baharrudin bin Zainal & Mat Rofa bin Ismail
    _
  2. Model mudah bagi pelenyapan riba’ dalam sistem perbankan lazim dan Islam Kini :
    Ismail Bin Mohd
    _
  3. Adakah nahu bahasa Melayu beracuan sendiri? :
    Mohd Tarmizi bin Hasrah
    _
  4. Alam dalam sistem kepercayaan suku kaum Semaq Beri di Terengganu, Malaysia :
    Ramlee bin Abdullah
    _
  5. Bahasa Penemu Ilmu :
    Shaharir bin Mohamad Zain
    _

[Baca teks penuh…]

Makalah, Pembentangan : Permasalahan epistimologi: enigma kesedaran dan kaitannya dengan kosmologi Melayu

Oleh: Azree Nazri – Kesedaran adalah halus tetapi tidak ghaib. Kehadirannya secara mudah dapat diperhalusi apabila sedang mendisriminasikan situasi gelap dan cerah. Tetapi jika diteliti, kecerahan/kegelapan yang sampai ke saraf yang berasal dari mata dan kemudian ke otak adalah tidak penting untuk fungsi kesedaran. Yang paling menghairankan, fotodiod yang sensitif cahaya juga dapat mengecam keadaan cerah dan gelap. Bilamana cahaya dipasang, meningkatkan arus didalam litar, ia menyala, dan jika lampu dipadamkan, arus didalam litar jatuh kepada kosong, ia tidak menyala. Adakah fotodiod juga sedar keadaan gelap dan cerah, sepertimana kita? kenapa fotodiod juga tidak dikatakan mempunyai satu pengalaman sedar cerah dan gelap? Mesti ada beberapa tatacara yang perlu dipenuhi sebelum aktiviti sel-sel tertentu didalam korteks visual dapat dikaitkan dengan pengalaman sedar cerah dan gelap, dimana aktiviti fotodiod tidak. Adakah alam kuantum mempengaruhi fenomena ini? Apakah hubungan kesedaran dengan kosmologi Melayu?

[Baca teks penuh...]

ASASAINS : ASASAINS 1435H / 2015M / 1937S – Jilid 1

asasi

ASASAINS 1435H / 2015M / 1937S – Jilid 1 : ASASAINS ialah Buletin Rasmi ASASI (untuk edaran ahli ASASI sahaja)

[Baca teks penuh...]

ASASAINS : ASASAINS 1434H / 2014M / 1936S – Jilid 2

logo_asasi

ASASAINS ialah Buletin Rasmi ASASI (untuk edaran ahli ASASI sahaja)

[Baca teks penuh...]

ASASAINS : ASASAINS 1434H / 2014M / 1936S – Jilid 1

logo_asasi

ASASAINS ialah Buletin Rasmi ASASI (untuk edaran ahli ASASI sahaja)

[Baca teks penuh...]

ASASAINS : ASASAINS 1433H / 2013M / 1935S Jilid 2

logo_asasi

ASASAINS ialah Buletin Rasmi ASASI (untuk edaran ahli ASASI sahaja)

[Baca teks penuh...]

Makalah, Pembentangan : BERJARAK, BERPISAH TIADA: MADAGASKAR DAN MALAYONESIA MENURUT KACA MATA DAHL DAN ADELAAR

source: https://images.indiegogo.com/

Oleh: Mohd Tarmizi Hasrah – Dalam karyanya yang dilabel sebagai “sebuah buku yang terlalu bercita-cita tinggi”, The Austronesian Languages, Bob Blust, setelah menghuraikan penyebaran kelompok-kelompok bahasa Austronesia yang ada di Taiwan, Malayonesia, Indonesia Timur dan di Lautan Pasifik, melanjutkan huraiannya tentang sebuah kawasan yang akrab dengan dunia Austronesia, tetapi lokasinya jauh dan terpencil daripada kawasan rasmi Austronesia. Blust dalam karyanya itu menulis begini: “rather surprisingly, at the western edge of the Indian Ocean is a lonely outpost of the Austronesian world – the large, and geologically long-isolated island of Madagascar” (Blust 2009: 1). Madagaskar, sebuah pulau di timur Afrika, walau terpencil, tetapi diakui secara ijmak oleh para Austronesiawan sebagai sebuah kawasan yang menuturkan bahasa Austronesia. Disebabkan pulau ini secara geografinya terpencil daripada dunia Austronesia, maka ia tidak jarang menghadirkan seribu satu pertanyaan yang rumit buat para Austronesiawan, terutamanya kepada para ahli dalam linguistik sejarawi atau linguistik perbandingan, malah kepada yang bukan ahlinya yang rasmi pun, sebagaimana yang boleh kita jejak dalam sejarah pengelasan bahasa di pulau tersebut.

[Baca teks penuh...]

Makalah, Pembentangan : The Ever Changing Malayonesian Cosmological Doctrines …

cow-earth

By: Prof Emeritus Shaharir Mohd Zain – A system of belief of a group of people on anything in the universe (the seen and the unseen) including the origin of themselves, the universe and the configuration of all objects (heavenly bodies) in the universe is considered as the cosmology of the people concerned. Malayonesian people are roughly the Southeast Asian natives whose mother tongue are one of the languages generically named Austronesian language and their lingua franca is one of the Austronesian language named Malay especially before 20th century, and hence the presence of Malay in the word Malayonesia and Malayonesian. The Malayonesian cosmological doctrines here are based on the study of the two Malay inscriptions, the Dong Yen Chau (Vietnam) c. 400 AD, the Talang Tuwo, Palembang (Sumatera, Indonesia) 606S/684 AD, a traditional Malayonesian folklores compiled by Nakula in 1977, a well known best seller Malay manuscript entitled Taj al-Muluk edited by Syaikh Ismail Aceh/al-Asyi in 1893 (which contains the two well known manuscripts, Kejadian Tujuh Petala Langit dan Bumi, by Nur al-Dyn al-Ranyry/Nuruddin al-Raniri (originally written in 1639) dan Siraj al-Zhalam by Syaikh Abbas bin Muhammad Aceh/al-Asyi/Kuta Karang written in 1849 M besides his own essays on Malay medicines, mysticism and predictions). Other sources are the two well known temples in Jawa (Indonesia) the 8th century Candi Borobudur and the 9th century Candi Prambanan, the two oldest Mosques In Indonesia and Malaysia respectively (the 15th century Masjid Demak and the Masjid Kampung Laut), and our own observation on modern Malayonesian cosmology.

[Baca teks penuh...]

Makalah, Pembentangan : Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan*

Oleh: Prof Emeritus Shaharir Mohd Zain – Makalah ini mengandungi kupasan punca-punca konfliknya pembangunan dari aspek teorinya dan amalannya. Ini termasuklah konfliknya makna pembangunan dengan development, konfliknya sejarah projek pembangunan di Eropah dengan pembangunan di Malaysia, konfliknya teori pembangunan Barat dengan teori pembangunan yang sepatutnya, iaitu dalam acuan kita sendiri, konfliknya tanggapan sarjana Barat dengan sarjana kita terhadap konsep pembangunan, dan konfliknya amalan projek pembangunan kita degan matalamat pembangunan itu sendiri. Selain daripada “pengajaran” drp amalan pembangunan selama ini yang ditunjukkan negatif sifatnya, model pembangunan kerajaaan Sriwijaya abad ke-7 M yang bermatlamatkan subhagia rakyatnya yang begitu kontras sifatnya dipaparkan bagi mendapat pengajaran baharu zaman ini. Beberapa syor penambah-baikan pembangunan sekarang dipaparkan.

[Baca teks penuh...]

ASASAINS : ASASAINS 1433H / 2013M / 1935S Jilid 1

logo_asasi [Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 1