| www.flickr.com |
Konsep Alam Geopusatan Dalam Naskhah Bustan al-Salatin August 4, 2009
Posted by Baharrudin Zainal in : Makalah , trackbackNaskhah Bustan al-Salatin merupakan karya Syeikh Nuruddin al-Raniri pada kurun ke 17 M. Walaupun karya ini diklasifikasikan sebagai naskhah kesusasteraan tradisional Melayu, namun terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mengandungi unsur-unsur saintifik. Dalam edaran naskhah Bustan al-Salatin, bab pertama disalin semula sebagaimana manuskrip MS 781. Kajian teks terhadap manuskrip ini menunjukkan kandungannya berkaitan kejadian dan struktur alam semesta. Dengan menjelmakan ayat-ayat deskriptif dalam manuskrip berkenaan, beberapa maklumat saintifik berkaitan konsep kosmologi dan ilmu falak diperolehi. Unsur-unsur kosmologi dan ilmu falak secara kuantitatif yang dapat digarap dalam naskhah ini, termasuklah aspek takwim yang berasaskan buruj dan Matahari, astrometri serta fenomena planet-planet. Analisis terhadap garapan saintifik ini menunjukkan penggunaan konsep alam geopusatan yang mantap dalam pemikiran saintifik Melayu-Islam. Seterusnya penggunaan konsep ini dikaitkan pula dengan aplikasinya dalam ilmu falak.
Bacaan lanjut di sini : konsep-alam-geopusatan-dalam-naskah-bustan-al-salatin
Comments»
[...] 3. En. Baharrudin Zainal, Unit Falak, UDM – Konsep Alam Geopusatan dalam Naskhah Bustan al-Salatin [...]