jump to navigation
www.flickr.com

Mengenali Ahli Sufi: Siapa Mereka dan Apa Yang Mereka Buat? June 21, 2009

Posted by Shahidan Radiman in : Rencana , trackback

Pendahuluan

Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nurmuhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.

Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain –seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi. Wallahu a’lam bissawab.

Comments»

1. siti - September 5, 2009

salam,

saya ada satu pertanyaan en shahidan.. adakah ahli sufi ini masih ada lagi di malaysia? saya ada byk lg pertanyaan tetapi bolehkah jika dibalas di dalam email address saya? sekian terima kasih. wasalam

2. dinie - November 18, 2009

Salam

Saya kagum dapat membaca artikel-artikel sepeti ini, sesungguhnya ilmu yang dianugerahkan Allah kepada saudara tidak disia-siakan….
Sekarang ini kat mana agaknya dapat kita jumpa ahli sufi ini, guru mursyi dan waliyullah?
Boleh tak kongsikan dengan saya yang dahagakan cerita-cerita ahli-ahli Allah ini?

Terima kasih

Salam.

3. Na - December 3, 2009

Salam..en shahidan..

mksudnya mmg ahli sufi btol2 boleh bercakap dengan malaikat la ye?
saya ada pertanyaan lain lg yg mahu sy utarakan..boleh ke jika en shahidan reply dlm email sy..sy amat memerlukan nasihat dlm perkara2 ini..TQ

4. SA84 Jalan menuju makrifatullah. « Sharudin.com - December 5, 2009

[...] SA84 Jalan menuju makrifatullah. Dipetik dari ASASI [...]

5. zack - December 10, 2009

Bukan jakim sudah nyatakan dalam buku martabat tujuh tulisan Abdulfatah Haron Ibrahim bahawa fahaman Ibn Arabi itu terkeluarar dari akidah ASWJ?

6. Suharjono - December 12, 2009

Assalamu’alaikum wr.wb Prof. Shahidan, perkenalkan saya Suharjono dari Indonesia. Saya selama ini mmg mencari shohib yg faham ttg sufisme untuk memberikan tausiyah2nya kpd saya dan juga guru mursyid yg bisa sy hubungi di malaysia atau indonesia. Mhn informasinya. Mhn juga alamat e-mail n no telp. Prof. Shahidan. Jazakallah

7. muhamad - December 20, 2009

saya amat tertarik dgn penulisan saudara.
adakh ada lg golongan ahli sufi ini???
terutama nya di malaysia..

8. AZIZI ADRIS - December 21, 2009

bagus sekali.ada persamaan dengan apa yang telah ana dengar dari majlis ilmu yang ana hadiri.tapi lebih bagus lagi jika dinyatakan sekali martabat/peringkat wali-wali.wabarakallahu fiha.

9. mohamad Adzmy - March 14, 2010

assalammualaikum.Saya ada kawan yg mempunyai kelebihan boleh melihat alam ghaib,mendoakan org yg di gangu hantu dan syaitan.Dia juga boleh mengetahui apa yg akan berlaku pada seseorang.Dia sering menyuruh saya buat penyucian dulu , baru ilmu datang. Pernahkan saudara terdengar tentang perkara seperti ini. Tolong email kan pada saya.

10. azlanzainal - May 22, 2010

Assalamualaikum…

Bolehkah kiranya tuan boleh membantu sy dlam mencari ilmu menuju jalan keredhaan Allah…

Yg amat berharap

11. Anonymous - June 11, 2010

Assalamu’alaikum.

Sementara bertemu Guru Mursyid , saya rasa untuk mendapat ilmu dan penjelasan yang terperinci tentang Kesufian ini Kitab Sirrus Salikin( terjemahan Ihya Ulumiddin) adalah sesuai sekali.Asal pengarang Imam Ghazali diterjemahkan oleh Sheikh Abdus Samad Falembani ke dalam bahasa melayu.Imam Ghazali sebagai ahli sufi besar dunia islam tidak dipertikaikan lagi.

Ada satu lagi ‘ buah tangan’ yang terakhir dari Imam Ghazali berjudul ‘HAI ANAK’ .Dalam buku ini segala kemusykilan anda akan terjawab sekiranya anda berupaya menggalinya atau bermuzakarah dengan orang yang sehaluan dengan anda.

Fahaman timbul melalui dengan muzakarah.

Mengenai siapakah Ahli Sufi sebenar zaman sekarang untuk kita temui, ianya terpulang kepada nasib seseorang. Hanya ALLAH SWT yang dapat memberi PETUNJUK. wallahualam.

12. AL FAQIR - September 1, 2010

Assalamualaikum
Untuk menemui ahli sufi anda cari aje guru tarekat yang diakui, ahmadiah atau naqsyabandiah khalidiah, insyaallah.

13. faizal@agger - September 16, 2010

ahli sufi mmg ade lg kat malaysia ne
cri la org2 lame…tercorok kt kg2…

14. Anonymous - September 21, 2010

SALAM,NAPA BEGITU SUSAH SAUDARA MGHURAIKAN PERSOALAN SUFI.SUFI ITU ADA DLM SETIAP INDIVIDU.BUKALAH MINDA N BRLAPANG DADA KERNA SEBENARNA SAUDARA SDG MENUSAHKAN DIRI DAN MSYRAKAT DGN PERSOALAN SUFI

15. SYED FAQIR - September 21, 2010

SALAM..NAPA SAUDARA MENYUSAHKAN DIRI DGN PRSOALAN SUFI.ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SEGALA KETERANGANYA SEDANGKAN SAUDARA MENYUKARKANNYA.ADAKAH DGN MENYUKARKAN PERSOALAN INI MENYEBABKABKAN ORG LAIN TIDAK MENEMUI JLN KE SYURGA?

16. iltizam - September 29, 2010

Tiada Apa Yang sukar, Semuanya mudah
Persoalan sufi adalah mudah bagi yang mahu mengikutinya.
Hanya Wahabi yang Memusuhi Sufi dan Tasawuf.

17. Abu said - October 17, 2010

Feqah tanpa tasawuf maka sombong. Tasawuf tanpa feqah maka sesat.

18. Neo Naqshabandi - October 19, 2010

Salam Tuan Shahidan Radiman…saya mewakili rebat terekat naqshabani mengucapkan salam kesejahteraan(Asalamualikum)
Tuan saya mahu mngajukan soalan.Saya adalah salah satu ahli tarekat naqshabandi…saya ingin tahu bagaimana hendak memastikan bahawa kita adalah bukan dibawah wali syaitan?kerana sume hujah tuan saya mengalaminya dalam beramal…
Minta izin tuan jawab..

19. Neo Naqshabandi - October 19, 2010

Anonymous
SYED FAQIR
Kamu bukan islam atau bodoh sombong?
Ahli sufi yg sebenar mengetahui adab berbicara sesama sufi (Kitab adab)
Dan Ahli sufi tidak menidakkan atau menjatuhkan hujah sesama sufi.
Atau anda wahabi?
atau anda orang awam?
apa yg Tuan Shahidan Radiman tidak menyalahi mana tarekat….
I warning u!!!!!!!!!!

20. Neo Naqshabandi - October 19, 2010

Anonymous
SYED FAQIR
Kamu bukan islam atau bodoh sombong?
Ahli sufi yg sebenar mengetahui adab berbicara sesama sufi (Kitab adab)
Dan Ahli sufi tidak menidakkan atau menjatuhkan hujah sesama sufi.
Atau anda wahabi?
atau anda orang awam?
apa yg Tuan Shahidan Radiman nyatakan tidak menyalahi mana tarekat….
I warning u!!!!!!!!!!

21. Ibrahim Fikri - October 23, 2010

Semua yang dicerita oleh Tuan Shahidan ada benar. Malah ada lebih daripada itu. Kita selalu melihat para wali , orang soleh itu hebat.Dengan gairah pun kita nak jadi macam mereka. Tapi kita tidak pernah bertanya. Bagaimana mereka beribadah, bagaimana mereka solat, cara mereka bermujahadah. Kadang – kala amalan kita terhijab dengan ilmu yang kita ada.

22. mohd hairuddin - October 26, 2010

saya sebenarnya sedang mencari siapa guru mursid yang berada dinegeri johor untuk saya pelajari ilmu darinya boleh kah saudara bantu saya.

23. BERG - October 29, 2010

orang-orang taraf kesufian nampak Allah dahulu baru nampak penciptaanya.org macam kita ni nampak penciptaannya dahulu baru nampak allah,mereka tak suka digelar wali,ahli tarekat ,ahli hakikat atau tasawuf pendengaran serta penglihatan mereka dapat menembusi hati seseorang,mereka dalam kehidupan seharian tak pernah nak mengeluh,komplen ,semuanya indah belaka..bukan macam kita..itu tak betulla..ini tak betulaa..sesatla, kafirla.. dapat gaji lambat pun nak mengamuk..

24. Anonym - October 30, 2010

Orang yang baik tidak akan mengatakan dirinya baik
Yang sebaliknya adalah yang begitu selalunya

To SYED FAQIR:
Tiada jaminan untuk sesiapa masuk syurga melainkan hanya dengan rahmat Allah. Sedangkan rahmat Allah itu hanya diperoleh bagi mereka yang ikhlas dalam beragama. Hanya orang-orang yang ikhlas beragama sahaja ditemukan jalan menuju Allah.

Wallah a’lam.

25. Anonymous - November 3, 2010

Cuba sebutkan mana-mana dalil dalam Al-Quran atau hadis yang mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup.

26. ???? - November 10, 2010

Tarikat dengan sufi sama ke lain…?

27. shiela - November 18, 2010

Assalamualaikum En.Shahidan. Saya ingin bertanya satu pertanyaan. Saya nak tanya boleh atau tidak tidak kita mengambil anak di luar nikah @ anak haram ini untuk dijadikan sebagai anak angkat @ anak susuan kita?ape bazanya sekiranya kita mengambil anak ini dalam konteks ilmu syariat dan juga ilmu makrifat?sekarang ni saya rasa keliru sikit tentang pengambilan anak ini.Kalau dari segi ilmu syariat,ramai yang berkata boleh untuk menjaganya.Tetapi dari segi ilmu makrifat ada juga yang mengatakan bahawa ianya tidak boleh diambil untuk dijadikan anak angkat @ anak susuan.Tolong tuan,saya sangat buntu bila memikirkannya…Kalau boleh saya ingin benar untuk berjumpa dengan tuan atau bercakap melalui telefon dengan tuan untuk menceritakan perkara ini.Maaf sekiranya pertanyaan saya ini sudah lari dari tajuk tuan.

28. nak jawab - December 17, 2010

Sheila,
Kita ini semua manusia. Setiap manusia tuhan bagi akal untuk berfikir. Dalam al-Quran terlalu byk tuhan suruh manusia berfikir dan guna logik.. Anak tuh manusia macam kita jugak. Dia tak berdosa apa-apa pun. Kalau kita rasa bila ambil anak itu dapat menyelamatkan nyawanya, atau dapat memanusiakan dirinya, ambil sajalah. Tuhan suka dengan manusia yang sensitif dan membantu manusia yang lain. Itu baru anak kecil yang tak berdosa. Apatah lagi manusia yang berdosa, tuhan pun suka kita sesama hambanya mahu membantu.

Mudahnya, bayangkan saja kita jadi anak itu. Apakah kita sedia untuk dipulaukan oleh masyarakat kerana dosa orang lain? Ambil saja anak itu, kalau itu baik utk kemanusiaan.

29. kupukupuberterbangan - January 1, 2011

salam . wahai pencari keredhoan Allah sekalian .semoga Allah ampunkan kita. . tuan tuan yang mulia . usahalah untuk memperbaiki diri anda maka insyaAllah akan mempermudahkan . bagi saya ahli sufi dimalaysia ini masih ada dan banyak saya rasa . . . tuan2 yang mulia . . usahalah . usahalah . usahalah . . yang penting diri moa berubah . . sesungguhnya Allah maha Pengasih dan penyayang.

30. baharuddin osman - January 8, 2011

assalamualaikum,dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.salawat &salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .ahli keluarganya,para sahabat &para Tabiin serta sekelian mukminin &mukminat .Carilah guru yg murshid yg dapat membimbing serta menyampaikan kepada Allah.Org. bertanya masih adakah lagi guru yg murshid,bagaimana nak mengenalnya.Pastinya ada wahai saudaraku kerana itu janji Allah.Bermohonlah kpd Allah dgn doa &solat serta menghadirkan hati kpdnya.AllahuRabbi ya Allah AllahuRabbi ya Rahman,AllahuRabbi yaRahim pimpin &bimbinglah aku ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu & tidak berdaya ya Allah berikanlah aku kemampuan untuk bisa menyintaimu amin ya Rabbalalamin

31. akai jb - February 6, 2011

ketahuilah jln ksufian amat sulit.ujiannya tanpa henti.sgupkah dhina n dsakiti.sgupkah bkorban harta masa n sbagainya tuk sampai.hati hrus dkosongkan dr keinginan dunia n sgalanya.tanpa kemuliaan kemegahan pangkat harta n sgala nikmat dunia.hidup dlm keadaan genting tapi x putus.bbuat sesuatu kerna AKU nk buat.bukan kerna dosa pahala surga neraka.ujiannya tlalu hebat dr masa kemasa.cukuplh takat ni je xmampu sy teruskan.

32. saufi - February 7, 2011

ketahuilah, apa2 yg bersandarkan akan sesuatu tentang agama ini, adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Klu guna akal nak timbang tara sesuatu, tak perlu lah… kerana disisi agama hanya dgn berpandukan al-Quran dan As-Sunnah dgn pemahaman salafussoleh.

bleh tgk video, ustaz rasul dahri kat youtube pasal sufi. seach je “ustaz rasul dahri – tarekat sufi”, buat perbandingan adil, ini nasihat, bukan cemukkan atau pengaiban.

33. jolok - February 10, 2011

Saya suka Agama Islam sebab kalau buat salah dapat dosa bila taubat dosa dihapuskan. tak macam agama lain buat dosa orang lain pulak yang minta tolong ampunkan. Saya orang baru masuk islam tapi hati saya sangat suka pada penyataan dalam Islam tidak ada beza antara manusia kecuali takwa kepada allah. bila hati sudah suka yang susah jadi senang. cuma jangan simpan rasa dengki dalam hati nanti jadi macam setan yang dengki pada nabi adam sampai kena laknat tuhan.

biar ilmu sedikit tapi diamal dengan ikhlas ( tak dengki dan sombong ) daripada ilmu yang banyak tapi ada dengki dan sombong dalam hati ( contoh para pendakwah yang banyak suka pakai title proffessor,doctor dan entah apa2 tah cuba tiru tokguru nik aziz sangat ringkas dan mudah )

sekian pandangan saya yang bodoh tapi konon2 macam pandai

34. brave - February 17, 2011

ske sngat

35. ahmad ameen - February 25, 2011

assalamualaikum…….en.shihdan saya berminat dgn kesufian dimalaysia siapa kah guru yg bpleh saya berguru?

36. Anonymous - March 2, 2011

Volume 1, Book 2, Number 9:

 Narrated ‘Abdullah bin ‘Amr:

 The Prophet said, “A Muslim is the one who avoids harming Muslims with his tongue and hands. And a Muhajir (emigrant) is the one who gives up (abandons) all what Allah has forbidden.”

37. ... - March 19, 2011

bagaimana kau mngatakan hal makrifat sedangkan rakyat diperbodohkan tentang bahaya nuklear…

manakala yng ngaku jalan sufi itu benar masih memperbodoh2 kan rakyat dengan pelbagai teori2 berknaan kebaikkan nuklear …

jiwa yang terkambus mahu bicara akan tajalli hakikat makrifat…selamatkan sesama muslim sebelum bercakap soal MUKMIN dan INSAN…ilmu tak berhurup bersuara takkan tertipu dgn para2 pembohong yng digelar solat mereka wai lul likulli humazatil lumazah….ulama robani tidak berbentuk alim tetapi ilmullahNYA bukan bahan bacaan…

selesaikanlah hal muslim dahulu yang ditipu oleh mereka2 yang mengejar PANGKAT,NAMA,HARTA dan KEDUDUKAN sebelum bicara hal qasad ta’rut ta’yin…

mngkin yng menggelarkan diri mereka ahli USAHAWAN,PERNIAGAAN,PROFESOR,MENTERI egitu asyik menipu rakyat yang ditindas,,,NAMUN jgn lupa doa2 mereka yang teraniaya MAKBUL beserta rabnya…

tipu manusia mmg mudah…gulakan dgn rasuah juga mudah namun….ALLAH dan para kekasihNYA jgn sesekali diPERMAIN2KAN…buat la selagi berani..tgu masanya akan tiba…..jgn sampai basar terkambus akibat menzalimi rakyat akibat menzalimi diri sendiri…

wasalam….

38. Angkasa13 - March 22, 2011

terima kasih…membincangkan ttg kesufian …guru mursyid ada tetapi banyak tersembunyi…cara mudah pergi ke tempat suluk sana ada guru mursyid…. saya pun dulu mengalami kesukaran mencari guru mursyid namun selepas meminta tolong seorang sahabat juga ustaz di sekolah saya akhirnya saya dapat bertemu juga dgn guru mursyid… selepas kawan saya membuat solat hajat ….kata iman ghazali akhil balilnya insan perlu dengan ilmu tasauf kerana ilmu tasauf fardu ain keseluruhannya. lengkapnya ilmu dengan tiga usuluddin fekah dan tasauf..gugur satu gugur semua.sebab permulaan ilmu dengan imam islam dan ehsan…guru saya jemaah naqsyabandi cucu saudara kepada Syeikh Wahab.jika saudara berminat untuk mendalami tarikat naqsyabandi boleh email kepada saya di zryhebat13@yahoo.com. Insaya-Allah bersama kita dalam mencari Redho Allah. YA ALLAH ENGKAU YANG KU MAKSUDKAN DAN REDHO MU YANG KU TUNTUT………insan dari paya jaras selangor.

39. Nan Bahari - April 5, 2011

Saya pernah membaca tulisan Dr. Martin Lings (Abu Bakr Siraj Ad-Din) di dalam bukunya, What Is Sufism. Dan paling menarik adalah pernyataan beliau di dalam buku tersebut:

Dahulu, sifat sufisme itu wujud tanpa ada gelar atau nama
Sekarang, nama dan gelar sufisme itu wujud tanpa ada sifatnya.

(terj. bebas)

40. Irmaz - April 5, 2011

Terima Kasih. Banyak manfaat yang tuan berikan kepada saya.

41. epul - May 26, 2011

salam…. prof, citer baik ade barang ker…..hahahahahah martabat 7 tuuuuu….

42. epul - May 26, 2011

segala yang diterangkan oleh prof sangat2 benar dan sama dgn penerangan guru saya… mmg benar ahli2 ini kian pupus dan sering mendapat fitnah dari masyarakat yang jahil dan puak2 wahabi yg ingin melupuskan ilmu ini……. inilah ilmu dan amalan islam yg awal2 dibawa ke nusantara dan makin dilupakan…

43. Min nrm. - June 5, 2011

Salam, terima kasih diatas penerangan Tuan, bagi saya ia cukup bagus bagi org yg memahami org yg tak faham saja akan cakap yg bukan. Teruskan penulisan tuan, terima kasih.

44. anonymous - June 10, 2011

Assalamua’laikum… Allah jadikan setiap sesuatu berpasangan. Ada professor yang alim dan professor yg jahil. Ade professor yang ahli ibadah, ada professor yg fasik. Ade professor yang ikhlas ade professor busuk hati. Setiap message yang sampai itu ade alamat untuk penerimanya. Sekiranya message itu bukanlah untuk kita..Janganlah kita buat andaian kepada sesuatu yang kita tidak arif tentangnya. Atau pun jangan kita menghukum seseorang berpandukan serpihan kata-kata orang ternama sedangkan kita tidak mengetahui hujung pangkalnya kata-kata itu. Allah memilih sesiapa sahaja yang Dia suka…. Siapakah kita nak membantah message drp Allah melalui seorang hambaNya kepada seorang hambaNya yang lain?

45. Laksamana melayu - June 13, 2011

Assalamualaikum..ramai yg tertarik membaca kenyataan en syahidan yg mana kebanyakan yg tertulis adalah pengalaman kerohanian bagi si Salik yg berlaku apabila rahsia ketuhanan Allah buka utk hambanya sekadar yg mampu ditahan oleh rohani si hambanya tadi.Dilindung Dan dibuka….rahsia kan tetap rahsia.
Maka perlulah bagi sesiapa yg ingin makrifat pada Allah guru yg membimbing. Persoalannya mcmmana hendak mencari Dan apakah kriteria yg perlu ada bagi guru tadi bagi membuktikan kebenarannya.
1. Berada pada iqtikad Ahlus sunnah wal jamaah.
2. Ilmu Dan Amal yg diajarkan Ada wasilah Dan rabitah sampai pada Syeikh Muhyiddin Abd Qadir al Jilani, kepada Saidina Ali bin Abi Talib KW Dan kepada Sayyidul Ulul Azmi baginda Rasulullah
SAW.
3. Sangat memelihara syariat.

Banyak barang tiruan dalam pasaran
Yg asli Ada dalam rumah ahli,
Dapat beza dlm majlis tandingan
Datang benar, yg batil pasti batal,
Sesungguhnya yg batil pasti batal
Datanglah kepada kami jika mahu yg ASLI..

Wallahualam
Dapat beza dalam majlis tandingan

46. Qul Amirul Hakim - June 14, 2011

Salam,

Ttg mengambil anak luar nikah sebagai anak angkat .
1)Pada elok atau tidaknya pada diri anda, afdalnya minta petunjuk Allah dahulu.
2)Pada hakikatnya, anda mengambil ‘tanggungan’ dan ‘masalah orang’. Apabila kita mengambil beban orang lain, akan ia membebani kita juga. wallahu’alam.

47. Qul Amirul Hakim - June 14, 2011

Salam,

Ttg komen Laksamana Melayu June 13, 2011
perkara 2)
Wasilah dan rabitah tidak terhad kepada Syeikh Muhyiddin Abd Qadir al Jilani, kepada Saidina Ali bin Abi Talib KWH sahaja, asalkan sampai kpd RSAW seperti melalui Saidina Abu Bakar r.a., Sheikh Ahmad Idris r.a. dan lain2 wasilah

48. al-haq - June 18, 2011

laksamana bole contact x?

49. hamba ALLAH - June 22, 2011

SALAM……. ..Tujuan utama bukan ape semata mata kerana ALLAH.Jangan fitnah2 orang tarikat…dosa sendiri pun tak tertangung…marilah bersama2 tambahkan iman tingkatkan lagi amalan kita.

50. azizi - July 12, 2011

saufi…ustaz rasul dahri tu pendapat dia bercanggah dengan ASWJ…pendek kata dia tu ejen wahabi…mana la nak percaya benda2 macam ni.

51. Aji - July 16, 2011

Assalamua’laikum,

kepada penulis artikel, banyak lagikah guru mursyid yang ada di malaysia ayau dinusantara ini?

dan byk lagi soalan yg saya nak tanya ni, tolong reply kat email saya.

dan info-info sebegini dan banyak lagi info2 tentang tarekat,tasawuf,usuluddin, dan melibatkah ilmu2 tahap tinggi yang menjadi pencarian para pencinta ilmu2 keruhanian ini.

Teruskanlah usaha anda semoga diberkahi Allah S.W.T.Amin.

52. udin - July 28, 2011

kepada: Anonymous & SYED FAQIR
salam…saye nak penjelasan tentang kenapa en bedua mengeluar kan kenyataan ini;
*SALAM,NAPA BEGITU SUSAH SAUDARA MGHURAIKAN PERSOALAN SUFI.SUFI ITU ADA DLM SETIAP INDIVIDU.BUKALAH MINDA N BRLAPANG DADA KERNA SEBENARNA SAUDARA SDG MENUSAHKAN DIRI DAN MSYRAKAT DGN PERSOALAN SUFI
*SALAM..NAPA SAUDARA MENYUSAHKAN DIRI DGN PRSOALAN SUFI.ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SEGALA KETERANGANYA SEDANGKAN SAUDARA MENYUKARKANNYA.ADAKAH DGN MENYUKARKAN PERSOALAN INI MENYEBABKABKAN ORG LAIN TIDAK MENEMUI JLN KE SYURGA?
say tak paham kenapa, saye ni remaje biase je boleh kite berbicang di email saye…?

53. lataif 7 - August 4, 2011

Masalah ini tidak harus di bincangkan secara terbuka, kerana ini akan mengundang fitnah. Kepada mereka yang tak sampai ke makam ini jangan tunjuk pandai dan hebat untuk menafikannya.
Kerana sebelum Nabi Muhammad SAW Islam telah ada, tetapi lebih kepada tauhid.

54. Anonymous - August 8, 2011

Salam sejahtera, Tuan Shahidan Radiman.
Syukur dan tahniah atas sedikit usaha Tuan yang memaparkan sesuatu yang sangat baik melalui laman ini.
Sekurang-kurangnya niat murni Tuan dapat memberi tips dan pendorong kepada segelintir mereka yang berminat dalam bidang yang mana kita sedia sudah maklum tentang pro dan kontranya.
Teruskan usaha Tuan biar terbuka sedikit maklumat alam perbendaharaan Tuhan yang diterokai oleh ahli sufi, mengenai adanya zat yang mereka tahu dan nur yang mereka nampak. Gambarkanlah kepada sekelumit peminat dalam usul kehambaan, perjalanan menuju ketuhanan melalui jalan syariat, tarikat, hakikat dan ma’rifat, seterusnya kepada usul ketuhanan ahdiyat, wahdat dan wahdiyat. Supaya dapat terbang kemedan tauhid betemu dangan Ahmah Abu Arwah (ibu segala ruh) dan akhirnya berhadapn dengan Tuhan di Sidratul Muntaha. Ini memang pelik dan sukar dipercayaai bagi yang tidak mengetahui dan sampai ke makam ini. Mudah-mudahan kita terlepas dari dosa yang tidak diampun Tuhan iaitu syirik, walau syirik khafi (syirik yang halus) sekalipun, contohnya ketika solat, dengan niat untuk bertemu dan berhadapan dengan tuhan, jika tidak sampai sebagaimana yang dimaksudkan tadi maka terkenalah kita dengan pengertian dalam firman Allah swt yang bermaksud, “celakalah orang yang solat, yang lalai dari solatnya” Surah Al-Ma’un ayat 4 dan 5. Sedangkan dalam solat terjadi kelalaian, apatah lagi dilaur solat, hanyutlah kita di arus keduniaan atau alam palsu dan binasa ini (alam mulk). Semoga Tuhan merahmati Tuan, Walallahu wa’lam. terima kasih.

55. shamemass - August 12, 2011

whai sahabat ku sekalian…. apa perlu bertelagah.. sedangkan Allah telah kurniakan kita depan mata nikmatnya .. cuma perlu bersyukur.
nabi dah pesan ku tinggalkan sunanh dan quran x kan sesat hidup ini.pelajarilah alquran dan hadith nescaya nur kebenaran akan
datang… beramal lah dengan apa yang telah dilakukan nabi etc: solat tahjud keran didalmnya banyak rahsia yang hanya allah sahaja tahu dan kan bukakkn pada hambanya.apa sangat yang nak di cari… takut sesat dihujung nafas. yakin @ ikhlas.
kajilah sejarah, ada 10 sahabat dijamin syurga jika cara hidup mereka bersesuain dengan kita maka ikut lah. .. kan Dia(Allah) dah kata HATI ITU PUNCA SEGALNYA. JADI PK PK KANLAH.
dan satu lagi nasihat saya…lihat saiz baju dipakai . jika kita x mencari dengan tatat dan patuh tunaikan perintah dia sendiri akan datang kepada hambanya. amin

56. shamemass - August 12, 2011

(pembetulan)…. jika kita mencari dengan taat dan patuh tunaikan perintah DIA sendiri akan datang kepad hambanya.

inilah kita, manusia penuh dengan kekurangan .

57. shamemass - August 12, 2011

dan pesan saya… jika tiada dalam alquran dan hadith.. maka jauhkan ,tinggalkan… ingat syaitan boleh mengaku dan menjadi siapa aje .. demi menyesatkan kita… bca dan kaji sejarah rasulullah dulu baru kita mula langkah… moga ALLAH BERIKAN HIDAYAH PADA SEMUA TEMAN TEMAN SAYA DISINI.

Assalamualikum. allah humam saliala saidina muhammad.

58. orgbiasa - September 19, 2011

Sesungguhnya ilmu kesufian adalah ilmu membersihkan diri dari 7 martabat nafsu terutama al-amarah dan allawamah demi mengenali diri sebelum kita dapat mengenali Allah.

59. reni - September 30, 2011

:)

60. hehehe - November 26, 2011

SALAM….saya baru sahj berubah…dl saya seorg yg sgt2 trk…lps sy berubah saya msh mencari2 n tertanya2 knp org yg tau agama tp masih lagi memiliki sikap bongkak,sombong,pentingkan material..ini terjadi walaupun saya nie org jahil tp adik lelaki saya seorg bergelar al hafiz manakala emak saya mengajar org mengaji…tp pd saya mereka masih lagi memiliki sikap bongkak,sombong n pentingkan material…mak saya pnh berckp yg hanya dia pandai mendidik anak2 sehingga semua anak dia berjaya ke university..hanya dia je mengaji yg paling bagus tanpa kesalahan pun dan apa yg dia ckp semuanya betul serta amat pentingkan material sehingga mak saya minta semua anak2 dia bg duit rm1000 sebulan dekat dia n bermegah2 dekat adik beradik n org kampung yg anak dia bg duit sebanyak itu…berbanding dgn seorg bapak saudara saya dia belajar mengenai ilmu tasawuf…saya lihat bapak saudara saya lebh banyak mendiamkan diri…x bermegah2 dgn harta benda yg dia ada walaupun dia mampu byr renovated rumah berharga rm100k…katanya kita harus menjaga hati n bersihkan hati kerana segala amalan kita bermula dari hati…pada pandangan sy yg jahil nie…al quran n al sunnah harus di ikut di sertai cara penjagaan hati n bimbingan seperti yg di lakukan oleh pengikut tasawuf…

61. ingintahu - December 2, 2011

Salam….

62. KhaLWaT KeKaSih - December 13, 2011

Salam Illahi dari Si Jahil Lagi Dungu ini…

Usah kalungkan rantai emas di leher kambing….

“KhaLWaT KeKaSih”

63. Uwais al qorni - December 20, 2011

Alhamdulillah,semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama tuan syahidan,teruskan perjuangan,tuan telah berjaya membantu memberikan penjelasan yg sgt2 haq dlm keilmuan islam..syriat,fiqih dan tasawuf@sufi berpadu menjadi satu..Al quran,hadis,ijmak dan qias itulah sandaran ilmu bagi semua ulamak ASWJ..bermegah2 dgn al quran dan sunnah tetapi menolak makrifatullah atau kesufian(walhal sufi@makrifat itu adalah ilmu tasawwuf yg tertinggi) seperti faham WAHABI adalah sesat..memusuhi atau memperlekehkan amalan yg dibawa oleh para waliyullah dr golongan sufi adalah merupakan musuh2 Allah..

64. al Taqwa - December 20, 2011

Alhamdulillah,semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama tuan syahidan,teruskan perjuangan,tuan telah berjaya membantu memberikan penjelasan yg sgt2 haq dlm keilmuan islam..syriat,fiqih dan tasawuf@sufi berpadu menjadi satu..Al quran,hadis,ijmak dan qias itulah sandaran ilmu bagi semua ulamak ASWJ..bermegah2 dgn al quran dan sunnah tetapi menolak makrifatullah atau kesufian(walhal sufi@makrifat itu adalah ilmu tasawwuf yg tertinggi) seperti faham WAHABI adalah sesat..memusuhi atau memperlekehkan amalan yg dibawa oleh para waliyullah dr golongan sufi adalah merupakan musuh2 Allah..

65. ashim - January 2, 2012

adakah ilmu sufi tersimpan rahsia sejarah bangsa2 sebelum penciptaan adam

66. izam - January 4, 2012

Benar penjelasan kamu Tuan Shahidan.

Allah jua Tuhan. Ya Salam

67. Gilang - January 9, 2012

Subhanallah.. Salam kenal ja

68. Taubatannasuha - January 17, 2012

Assalamualaikum.. Ilmu Allah sgt luas, apa yang hambaNya ketahui hanya sedikit sahaja, ibarat menyucuk cari ke dalam lautan, yg basah di jari adalah ilmu yg kita pelajari dr lahir hingga bertemu dgnNya, dn isi lautan pula adalah ilmuNya yg tidak kita ketahui.. Seperti org pd zaman dahulu kala akan yg tidak tahu dn brilmu mengatakan kita gila bila kita mgatakan besi boleh terbang(kapal terbang), besi boleh timbul atas air (kapal laut), dan sbgnya.. Hasil dr kajian ilmu, zaman skrg dh membuktikan semua dh brlaku perkara yg dianggap mustahil.. Sama la spt dalam kita mencari ilmu mgenal Allah, bila dh sampai ke maqam trtinggi dan menerima anugerahnya, org awam takkan percaya.. Sbbnya dangkalnya ilmu dan tak pernah melaluinya.. Siapalah kita untuk mengkafirkan, atau mganggap org lain sesat, sdgkn semua tu adalah hak dan urusan Allah.. Siapalah yg benar-benar tahu dirinya adalah seorang ahli syurga melalui ibadahnya?.. Adakah itu jaminan dari amalannya itu untuk Allah memberikannya syurga? Ingatlah.. Takdir Allah, kepada siapa yg Dia kehendaki, tiada siapa yg tahu, kita tidak tahu apa takdir kita diakhirat, baik atau buruk.. Taraf kita tetap sama, hanya hamba Allah.. Berusahalah beribadah berjuta-juta tahun sekalipun, zikir mencecah alam malakut, sidratul muntaha, arasy Allah, tetap akan tiada siapa lebih tinggi darjatnya drpd Rasulullah S.A.W.. Maka, ikutlah apa yg Rasulullah ajarkn, yg dipesankn, al-Quran dn Sunnahnya sahaja, jadilah hamba yg biasa tp terlalu luar biasa pahala amalannya disisi Allah.. Kembali lah pada asas ajaran dan pesanan Rasulullah, itu lah sebaik2 islamnya seseorang.. Janganlah sampai ‘tertipu’ dgn amalan sendiri.. Kita wujud di alam fana dan seterusnya di alam baqa (akhirat) semata-mata kerana sifat Allah ar rahman dan ar rahim..

69. Sufi muda - January 20, 2012

Di johor juga ada lagi guru mursyid..Sudah sgt tua umurnya..cepat buru ilmunya selagi dia. Masih hidup..memang tidak terjangkau ilmunya..Saya buat solat tahajjud dan minta pada Allah ..Allah tunjukkan saya dlm mimpi orangnya..Alangkah terkejut saya mursyid itu orang yang biasa saya jumpa..mmg zuhud orangnya..Duduknya pon di kampung shj..mcm org biasa2 ..tak ditunjuk sikit pon kemursyidan nya…Guru tareqat qodiriyah muridnya tak terkira byknya dr utara sampai singapura..Sungguh merendah diri orgnya…sungguh tk saya sangka…