jump to navigation
www.flickr.com

Seminar Kelestarian Penyelidikan Sains Sosial May 29, 2009

Posted by Urusetia ASASI in : Hebahan , trackback

Sains Sosial mungkin agak baru bagi ASASI. Tapi, sebelum ini, ASASI sebenarnya telah membuka keahlian kepada kumpulan-kumpulan sains sosial, sekaligus menambah gugusan awal yang hanya terdiri sains tulen sahaja. Kini ASASI telah mengorak langkah untuk melebarkan wawasannya. Bersama-sama dengan Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, di USM, Pulau Pinang, ASASI menjalinkan kerjasama untuk menganjurkan seminar berikutnya. Butiran seminar yang terbuka pada umum ini adalah seperti berikut:

Seminar Kelestarian Penyelidikan Sains Sosial
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Tarikh: 25 Jun 2009
Tempat: Dewan Persidangan Utama, DPU, USM, Pulau Pinang
Anjuran: ASASI dan SEFSI

Manakala para pembentang dan judul makalahnya adalah seperti berikut:

PM Dr. Noor Shakirah Mat Akhir,
Kelestarian Minda dan Akhlak

Dr Muhammad Azizan Sabjan
Sains Dari Perspektif Islam dan Barat

Nasha Rodziadi Khaw & Dr. Nazaruddin Zainun
Perubahan Sosial Masyarakat Awal Kedah Tua: Satu Analisis Sosioekonomi

Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir
Sains Kefalsafahan Sekitar Kurun ke-6 Masehi di Asia Tenggara

PM Mohd Zain Musa
Sejarah Champa

PM Dr Ahmad Murad Merican
Sains Sosial & Mengkaji Masyarakat Sendiri

Sheikh Abdullah
Sains Islam Menjana Iman dan Akhlak Mulia

Sehubungan dengan itu, ASASI mengalu-alukan kehadhiran ramai untuk sama-sama memeriahkan seminar ini. Pendaftaran boleh dilakukan terus sewaktu hari seminar tersebut. Percuma dan terbuka!

Comments»

no comments yet - be the first?