Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008
By Mohd Rohaizat Abd Wahab • Oct 30th, 2008 • Category: Hebahan
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Laboratori Inovasi dalam Pendidikan Matematik, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008 seperti butiran berikut:
Tarikh: 3 -4 Disember 2008
Tempat: Dewan Persidangan, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia
Sehubungan itu, sukacitanya menjemput pihak tuan/puan untuk mengambil bahagian dalam bengkel ini. Bersama-sama ini juga disertakan brosur untuk makluman dan tindakan.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi sekretariat di talian 03-8946 6877(Mohd Rohaizat) atau 03-8946 6878 (Pejabat Am) atau faks ke 03-89423789 atau menerusi e-mel mrohaizat@gmail.com.
Mohd Rohaizat Abd Wahab
Email this author | All posts by Mohd Rohaizat Abd Wahab

