jump to navigation
www.flickr.com

Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) October 6, 2008

Posted by Shaharir Mohamad Zain in : Laporan , trackback

Berikut merupakan laporan Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Badan Bukan Kerajaan Dan Individu Pada 26 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya.

Isu: Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PSMI)

1. Lima pembentang undangan (sesi pagi):

Sambutan dalam masa 10 minit bagi setiap pembentang: Majoriti tidak bersetuju dengan dua orang pembentang pertama itu.

Terhadap tiga orang pertama yang menjadi pembentang undangan itu, nampaknya ramai hadirin yang berpandangan “ketokohan”-nya tidak kena dengan majlis ini. Perbincangannya lebih kepada kepentingan bahasa Inggeris, bukan kepada tajuk Meja Bulat. Malah ditegur oleh beberapa orang hadirin supaya pengurusi membuat penegasan isu yang perlu dibincangkan, iaitu PSMI, bukannya kepentingan bahasa Inggeris. Namun pengerusi tidak berbuat demikian dan oleh keadaan ini berlarutan sepanjang Meja Bulat itu.

2. Sambutan Hadirin (sesi Petang):

Tiada peluang yang cukup untuk hadirin bercakap kerana dipenuhi masa untuk para jurucakap undangan (JCU), iaitu seramai 21 orang. Hanya 6 orang yang memohon bercakap yang berpeluang bercakap. Mereka itu ialah yang berikut:

* bukan jurucakap undangan, tetapi berpeluang bercakap juga

Kesimpulan

Daripada pembentang undangan, yang menyokong dasar sekarang dikekalkan berbanding dengan yang mahu balik ke pangkal jalan adalah sama bilangannya, walaupun hujah-hujah yang lebih akademik dan berasaskan penyelidikan berpihak kepada yang mahu balik ke pangkal jalan. Namun ini boleh dikatakan akibat tokoh pilihan pihak penganjur sahaja.

Segi Sambutan hadirin itu didapati 14 wakil (9 Badan Bukan Kerajaan dan 5 individu) yang mahu balik ke pangkal jalan (hentikan PPSMI); 6 pihak yang boleh dianggap neutral atau ikut ketua/perintah (4 individu, 1 wakil Badan Bukan Kerajaan dan 1 UMNO yang tak sepatut diambil kira); dan 7 pihak yang mahu PPSMI diteruskan (6 individu, 1 Badan Bukan Kerajaan) .

JELASLAH majoriti perwakilan di Meja Bulat ini mahu PPSMI dihentikan segera.

Walaupun demikian nampaknya Pengurusi Meja Bulat tidak membuat kesimpulan yang sebegini. Pencatat ini memohon (di luar persidangan) supaya beliau membuat perakuan yang lebih tepat dengan perjalanan sebenar Meja Bulat.

Pencatat ini: Dr. Shaharir b.M.Z. (seorang peserta yg tidak berpeluang bercakap).

Comments»

no comments yet - be the first?