Kemas kini terbaru: December 13, 2016

Kategori

 

 

  • Kumpulan Penyelidikan

    Sains dan Teknologi

    Bahasa dan Linguistik

    Fizik Teori dan Matematik

    Falsafah

    Sains Sosial

    Ekonomi dan Kewangan



    (Nota: Pautan di atas akan dihubungkan ke laman khas setiap kumpulan penyelidikan terbabit)
  • Arkib

  • Cari topik / kata kunci

    Untuk carian topik tertentu, boleh gunakan enjin carian internet Google. Masukkan kata kunci / topik yang ingin dicari dan 'site: www.kesturi.net'. Cth: lawati www.google.com dan taip 'epistemologi site:www.kesturi.net' untuk mencari penulisan berkaitan epistemologi di kesturi.net. (Masih berkemungkinan akan menemui hasil daripada tempat lain juga)

     

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ikuti perkembangan ASASI dan kesturi.net dengan Twitter:
    @kesturidotnet

     

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Presiden ASASI menerima Anugerah Merdeka 2016

Setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden ASASI, iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Wan Ramli, yang telah menerima Anugerah Merdeka 2016 (Merdeka Award 2016) kerana Pencapaian Akademik Cemerlang (Outstanding Scholastic Achievement) di Dewan Filharmonik Petronas. Sebelum ini YBhg. Prof. Wan Ramli dan seorang lagi penyelidik, Prof. Dr. Siti Kartom Kamarudin telah disenaraikan dalam senarai Minda Saintifik Paling Berpengaruh Dunia 2015 oleh Thomson Reuters.

 

profwan

“Alhamdulillah segala penat lelah saya dan rakan-rakan seperjuangan dan pelajar PhD dan MSc saya di UKM meneroka bidang tenaga hidrogen dan sel fuel telah diiktiraf Dunia dengan tersenarainya saya dan bekas pelajar PhD saya Prof. Dr. Siti Kartom Kamarudin sebagai Minda Saintifik PalingBerpengaruh Dunia 2015 (World’s Most Influential Scientific Mind 2015) oleh Thomson Reuters, pengindeks makalah saintifik Dunia tersohor berasaskan sebutan makalah selama 11 tahun 2003-2013. Hampir semua tesis PhD dan MSc pelajar saya dari Malaysia dan Indonesia yang menyumbang makalah-makalah dalam jurnal berimpak tinggi ini yang diiktiraf Dunia telah ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Ini menunjukkan Bahasa Melayu amat berupaya digunakan sebagai bahasa pengantar dalam penyelidikan menghasilkan sains dan teknologi bertaraf Dunia. Saya menggesa kerajaan mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi hingga ke peringkat Universiti. Saya juga menggesa kerajaan menghentikan program dwi-bahasa (DLP) yang hanya merupakan jelmaan terbaru PPSMI. Kerajaan hendaklah terus beristiqamah dengan pemansuhan PPSMI dan dengan Dasar Pemartaban Bahasa Melayu dan Pengukuhan Bahasa Inggeris.” ujar YBhg. Prof. ketika diminta mengulas tentang penyenaraian namanya di dalam senarai Thomson Reuters.

 

 

Tiada komen

 

----

Nota: Pengunjung yang ingin beri komen dimohon gunakan ejaan yang betul supaya tak mengelirukan pembaca. Untuk makluman, komen yang mengelirukan, tak jelas tujuan dan maklumatnya, atau ‘spam’, tidak akan disiarkan atau akan dipadam. Harap maklum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *