Kemas kini terbaru: January 5, 2011

Kategori

 

 

  • Kumpulan Penyelidikan

    Sains dan Teknologi

    Bahasa dan Linguistik

    Fizik Teori dan Matematik

    Falsafah

    Sains Sosial

    Ekonomi dan Kewangan



    (Nota: Pautan di atas akan dihubungkan ke laman khas setiap kumpulan penyelidikan terbabit)
  • Arkib

  • Cari topik / kata kunci

    Untuk carian topik tertentu, boleh gunakan enjin carian internet Google. Masukkan kata kunci / topik yang ingin dicari dan 'site: www.kesturi.net'. Cth: lawati www.google.com dan taip 'epistemologi site:www.kesturi.net' untuk mencari penulisan berkaitan epistemologi di kesturi.net. (Masih berkemungkinan akan menemui hasil daripada tempat lain juga)

     

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ikuti perkembangan ASASI dan kesturi.net dengan Twitter:
    @kesturidotnet

     

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Persoalan Epistemologi Dalam Disiplin Linguistik dan Relevansinya dengan Lingistik Melayu

Persoalan Epistemologi Dalam Disiplin Linguistik Dan Relevansinya Dengan Lingistik Melayu

Prof. Dr Awang Sariyan

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China

Beijing Foreign Studies University

(awsr@yahoo.com)

ABSTRAK

Secara kasarnya, ada dua aspek yang selama ini mendapat perhatian peneliti linguistik. Yang pertama ialah aspek teori dan konsep, sementara yang kedua ialah aspek penerapan teori dalam pelbagai subdisiplin linguistik seperti dialektologi, fonetik dan fonologi, semantik, pragmatik, tatabahasa, wacana dan sebagainya. Dengan tidak bermaksud meremehkan dan mengurangkan sumbangan penelitian yang bersifat penerapan teori, penulis berpendapat bahawa penelitian dan pembicaraan yang berkaitan dengan teori dan konsep perlu diberi perhatian yang lebih serius. Hal ini demikian kerana sebahagian masalah dan isu yang timbul dalam upaya penerapan teori berakar daripada masalah teori dan konsep. Kertas kerja ini mengupas salah satu aspek teori dan konsep yang asas dalam disiplin ilmu, termasuk linguistik, iaitu aspek epistemologi. Antara aspek yang diberi perhatian termasuklah hakikat bahasa, teori kelahiran bahasa, sumbangan bahasa dalam pembinaan konsep serta realisasi diri insan dan isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan disiplin linguistik di alam Melayu.

PENDAHULUAN

Dari waktu ke waktu dalam sejarah tamadun manusia, banyak timbul isu dan polemik dalam kalangan ilmuwan tentang hal ehwal yang berkaitan dengan ilmu, baik yang bersifat teoritis mahupun yang bersifat penerapan. Sering berlaku perdebatan tentang teori mana dalam sesuatu bidang ilmu, termasuk dalam bidang linguistik, yang lebih benar atau lebih tepat – adakah teori linguistik tradisional, teori linguistik struktural, teori linguistik generatif atau pun teori linguistik fungsional? Sering juga timbul polemik tentang asas penentuan kesahihan data analisis, sehingga wujud garis pemisah antara data primer dan data sekunder dan wujud pula istilah data sebenar dan data buatan. Biasa juga kita dengar atau kita baca pembicaraan sesetengah ilmuwan tentang hasil analisis yang objektif dan hasil analisis yang subjektif, yang intuitif atau impresionistik dan yang empiris. Demikian juga, sering sekali timbul polemik tentang preskriptifisme dan deskriptifisme sebagai asas penentuan dapatan dan rumusan penelitian dalam sesuatu bidang ilmu. Kecenderungan yang berlaku dalam kebanyakan polemik ilmiah itu ialah terbinanya dikotomi antara dua konsep atau fahaman yang seolah-olah atau diperlihatkan bertentangan antara satu dengan yang lain.

Pada hemat penulis, terjadinya hal yang sedemikian itu sebenarnya disebabkan ada isu yang lebih asas yang membentuk pola pemikiran dan sikap yang ditandai oleh ciri, antara lainnya:

1. lebih cenderung untuk berkonflik daripada untuk mengusahakan pemaduan antara fahaman (seperti antara preskriptisme dengan dekskrptifisme);

2. terpengaruh oleh pengasingan atau pemetakan unsur-unsur tertentu yang pada hakikatnya merupakan suatu kesatuan (seperti sumber ilmu yang disandarkan mutlak pada pancaindera dan sumber lain seperti intuisi dianggap tidak ilmiah)

3. lebih cenderung menghormati dan meraikan sesuatu yang lebih baharu (teori, konsep dsb.) daripada yang sedia ada, sehingga pada peringkat yang ekstrem bidang ilmu diperlakukan seolah-olah sebagai fesyen;

4. kehilangan matlamat yang jelas dan hakiki dalam keasyikan dan zauq melaksanakan kerja ilmiah.

5. kepercayaan bahawa ilmu berubah terus-menerus dan tiada kebenaran yang pasti.

Isu asas yang menimbulkan fenomena tersebut, pada hemat penulis, berkaitan rapat dengan epistemologi, iaitu cabang dalam falsafah yang berkaitan dengan teori ilmu. Antara yang tercakup dalam epistemologi termasuklah asal atau sumber ilmu, sifat ilmu, kaedah dan had-had ilmu (J. Dancy dan Ernest Sosa, 1993 dan Muhammad Zainy Uthman, 1998). Memahami epistemologi, yang bersumber daripada tamadun Barat (yang berakar pada zaman Yunani pada abad ke-5 S.M lagi) dan juga yang bersumber daripada agama Islam cukup penting supaya para ilmuwan dapat membuat pertimbangan yang jelas asasnya dalam semua kegiatan ilmiahnya.

Isu yang lebih penting daripada sekadar memahami epistemologi ialah isu mencari arah untuk perkembangan linguistik Melayu yang semestinya perlu memiliki citranya sendiri, meskipun tidak semestinya berlainan sama sekali dengan mana-mana tradisi lingusitik di bahagian lain di dunia ini. Yang saya maksudkan bukan pembinaan teori linguistik Melayu yang asal sahaja berbeda daripada teori yang sedia ada atau yang datang dari bahagian lain, Barat khususnya, dan bukan pula suatu angan-angan atau impian untuk bersikap parokial dan taksub wilayah. Yang saya maksudnya ialah perlunya pembinaan suatu kerangka falsafah dan pandangan sarwa yang cocok dengan keperibadian kita di alam Melayu, yang bersumberkan Islam. Kerangka falsafah dan pandangan sarwa itu amat rapat kaitannya dengan epistemologi yang kita jadikan asas dalam mengembangkan ilmu, termasuk dalam disiplin linguistik.

ASAS EPISTEMOLOGI BARAT

Kenyataan yang tidak dapat ditolak dalam perkembangan kegiatan ilmiah, bahkan dalam hampir seluruh kehidupan manusia ialah besarnya pengaruh kebudayaan Barat, yang mula tumbuh dalam zaman Yunani beberapa abad sebelum Masihi kepada kebudayaan manusia sedunia, termasuk dalam masyarakat Islam. Dapat dikatakan bahawa seluruh bidang ilmu, baik ilmu sains tabii mahupun ilmu sains kemanusiaan disandarkan pada tradisi ilmu Barat, termasuk dalam hal epistemologi. Tradisi ilmu yang kukuh dalam zaman gemilang Islam, terutama dalam zaman Abbasiyah, sejak diambil alih oleh kebudayaan Barat hampir-hampir tidak kelihatan kesannya dalam perkembangan ilmu di dunia. Hanya sesudah timbul gerakan pengislaman ilmu yang secara nyata bermula pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, barulah tampak sedikit perkembangan ilmu yang berasaskan epistemologi dan kerangka falsafah Islam.

Oleh sebab hampir keseluruhan perkembangan ilmu sedunia hingga kini dapat dikatakan berteraskan kerangka falsafah kebudayaan Barat, termasuk aspek epistemologinya, maka ada baiknya lebih dahulu diberikan gambaran secara ringkas inti sari falsafah Barat yang secara langsung mempengaruhi epistemologi dan perkembangan ilmu sedunia.

Falsafah Barat yang diasaskan oleh orang Yunani sejak 600 tahun sebelum Masihi di Miletus di pantai timur laut Aegean bertitik tolak daripada semangat untuk memahami alam di sekeliling manusia dan alam dalam diri manusia sendiri (White, 1991: iv). Pada para pemikir Yunani purba, falsafah merupakan bahagian penting kehidupan manusia kerana falsafah berkaitan dengan tiga soal asas, iaitu apakah hakikat alam di sekeliling manusia, bagaimanakah fikiran manusia bekerja, dan apakah jalan mencapai kebahagiaan. Matlamat praktis falsafah ialah memahami isu‑isu asas yang berkaitan dengan kehidupan manusia, dengan akal menjadi alat utama untuk melaksanakan penyelidikan falsafah itu. Demikianlah maka sejarah perkembangan falsafah Barat dari zaman kuno yang diwakili oleh orang Yunani ke zaman pertengahan, dan kemudian ke zaman moden ditandai oleh kegiatan akal untuk mencari dan memahami hakikat diri dan alam di sekitarnya.

Usaha manusia Barat mencari hakikat itu dapat dilihat dalam bidang yang dikenal sebagai metafizik, epistemologi, etika, logika, dan falsafah politik (White, 1991: 13‑14). Metafizik yang disebut oleh Aristotle sebagai “falsafah pertama” menggarap isu‑isu asas seperti hakikat, kewujudan, kemanusiaan, kebebasan lawan ketentuan, dan sebagainya. Bidang ini dikenal juga sebagai teori hakikat kewujudan. Hal ini sesuai dengan etimologi kata metafizik daripada bahasa Latin (meta bererti belakang; oleh itu metafizik berkaitan dengan apa‑apa yang ada atau dipercayai ada di belakang sesuatu) (Sidi Gazalba, 1974: 70).

Epistemologi (daripada kata episteme yang bererti ilmu dan logos yang bererti kajian atau sains) ialah bidang falsafah yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan konsep‑konsep yang berkaitan dengannya. Bidang ini dikenal juga sebagai teori ilmu. Sementara itu, etika yang dikenal sebagai falsafah moral ialah bidang yang berkaitan dengan isu benar, salah, dan aspek‑aspek lain yang berkaitan dengan penilaian tingkah laku manusia. Selanjutnya, logika ialah bidang falsafah yang mengkaji alasan dan struktur hujah, dan menjadi asas setiap penyelidikan falsafah. Akhir sekali, falsafah politik merangkum isu‑isu yang timbul dalam kehidupan manusia sebagai anggota masyarakat, termasuk isu kekuasaan politik, utopia, keadilan, dan masalah pengharmonian antara kebebasan dengan tanggungjawab.

Inti sari falsafah Barat yang berkisar di sekitar lima bidang itu tergambar dalam sejarah falsafah Barat dari zaman awal hingga zaman moden. Albert William Levi (1991) membahagi sejarah falsafah Barat kepada empat zaman, iaitu:

a. falsafah zaman silam atau kuno (zaman aristokrat);

b. falsafah zaman pertengahan (zaman paderi);

c. falsafah zaman moden (zaman gentleman);

d. falsafah kontemporari (zaman profesional).

Pembahagian Levi itu membayangkan evolusi falsafah Barat yang bermula dengan peneguhan sistem aristokratik dalam zaman Yunani lalu berkembang kepada penguasaan gereja Roman dalam zaman pertengahan (abad 5‑15 M.), dan selanjutnya kepada kemajuan sains dalam zaman moden yang bermula pada abad ke‑17.

Menurut analisis Levi (1991: 449), keempat‑empat zaman itu menayangkan sejarah dan situasi politik, agama, sains, dan semantik yang dilalui oleh masyarakat Barat dari zaman kuno hingga zaman moden. Falsafah zaman kuno yang dicetuskan oleh Plato, yang dianggap oleh Whitehead sebagai pencetus dan pemuka citra falsafah Barat melalui ungkapan “keseluruhan tradisi falsafah Barat ialah siri nota kaki kepada Plato” (Levi, 1991: 3), menimbulkan soalan “Bagaimanakah aristokrasi dapat dipulihkan?” Saint Thomas Aquinas yang mewakili zaman falsafah gereja pula menimbulkan soalan “Bagaimanakah gereja Roman dapat mencapai kejayaan?” dalam rangka menyediakan institusi serta ideologi yang memungkinkan tercapainya kemapanan sosial secara teokratik. Selanjutnya, falsafah zaman moden yang diwakili oleh Rene Descartes mengajukan soalan “Bagaimanakah sains dapat berkembang maju dan mencapai kepastian?” sebagai upaya membebaskan falsafah dan pemikiran daripada belenggu paderi ke tangan cendekiawan dengan premis kerjanya berdasarkan kuasa akal dan diri, bukan Tuhan dan ciptaan‑Nya.

Betrand Russell (1993) pula membahagi sejarah falsafah Barat kepada tiga zaman, iaitu:

a. falsafah purba yang meliputi zaman pra‑Socrates (mazhab Miletus, Pythagoras, Heraditus, Parmenides, Empedocles, Anaxygoras, ahli atom, dan Protagoras), zaman Socrates, Plato, dan Aristotle, dan zaman pasca‑Aristotle (aliran cynic dan sceptic, fahaman Epicurus, fahaman Stoik, dan Plotinus);

b. falsafah Katolik yang meliputi zaman paderi (agama Kristian sepanjang empat abad yang pertama, doktor‑doktor gereja, iaitu Saint Arubrose, Saint Jerome, Saint Augustine, dan Pope Gregory) dan zaman ahli mazhab (zaman gelap sistem pemerintahan Paus, John The Scot, pembaruan gereja pada abad ke‑11, Saint Thomas Aquinas, mazhab Franciscan, dan zaman gerhana Paus).

c. falsafah moden dari zaman pembaruan hingga zaman Hume (zaman pembaruan Itali, Machiavelli, Erasmus dan More, islah Katolik, kebangkitan sains, Francis Bacon, Leviathan Hobbes, Descartes, Spinoza, Leibniz, Liberalisme berfalsafah, teori ilmu Locke, falsafah politik Locke, Berkeley, dan Hume) dan dari zaman Rosseau hingga kini (gerakan Romantik, Rosseau, Kant, aliran pemikiran abad ke‑19, Hegel, Byron, Schopenhauer, Nietzshe, golongan utilitarian, Karl Marx, Bergson, William James, John Reney, dan falsafah analisis logika).

Zaman falsafah purba yang mengalami ketidaktentuan tentang hal‑hal yang berkaitan dengan teologi dan kosmologi bermula dengan ahli‑ahli falsafah mazhab Miletus seperti Thales, Anaximender, dan Anaximenes yang spekulasinya bersifat saintifik kepada mazhab falsafah di Itali Selatan yang lebih bersifat keagamaan, dengan Pythagoras sebagai pemukanya; kemudian kepada falsafah keagamaan dan politik (ketaatan kepada negara) yang diwakili terutamanya oleh Socrates, Plato, Aristotle di satu pihak dan golongan Stoik (yang lebih mementingkan hubungan ruh dengan Tuhan lebih daripada hubungan rakyat dengan negara; dan diakhiri oleh Plotinus yang memulakan metafizik Tritunggal Suci (Holy Trinity).

Falsafah Katolik yang menandai tahap kedua evolusi falsafah Barat memperlihatkan konflik antara tugas kepada Tuhan dengan tugas kepada negara dalam bentuk pertentangan antara gereja dengan raja. Pada zaman ini kehidupan intelek diisi oleh kaum paderi. Tempoh keagungan pertama falsafah Katolik dikuasai oleh Saint Augustin sementara tempoh kedua diakhiri oleh Saint Thomas Aquinas. Dari abad ke‑4 sehingga abad ke‑14, kaum paderi memonopoli falsafah secara mutlak dan dengan itu falsafah ditulis berdasarkan sudut pandangan gereja (Russell, 1993: 362).

Tahap ketiga evolusi falsafah Barat, iaitu falsafah moden ditandai oleh kebangkitan sains yang secara nyata dipelopori oleh Rene Descartes yang di samping menjadi ahli falsafah merupakan ahli matematik dan ahli sains juga. Dalam falsafah, perhatian Descartes tertumpu kepada diri individu dan peranan akal, yang diungkapkannya sebagai “Corgito, ergo sum” (”saya berfikir kerana itulah diri saya”). Dalam hal pengasasan epistemologi Barat moden, Descartes mengemukakan kaedah kesangsian (kesangsian Cartesian) yang ternyata menjadi asas falsafah ilmu dan perkembangan ilmu orang Barat sehingga kini yang menjelma dalam bentuk fahaman subjektivisme, relativisme, dan bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak dan muktamad.

Perbincangan tentang inti sari falsafah Barat yang jauh lebih bererti daripada perbincangan tentang perkembangan evolusi falsafah Barat ialah yang berkaitan dengan hasil kegiatan berfalsafah orang Barat dalam pengutaraan asas pemikiran tertentu yang berpengaruh sebagai kerangka falsafah dan pemikiran umat sedunia, tidak terkecuali umat di dunia Islam. Pemahaman akan kerangka falsafah dan pemikiran Barat yang berpengaruh ini penting dalam konteks membebaskan falsafah dan pemikiran umat Islam daripada kerangka falsafah Barat yang tidak cocok dengan pandangan sarwa atau weltaanschauung Islam. Dalam rangka melaksanakan gagasan pengislaman ilmu, kesedaran dan pemahaman akan kerangka falsafah Barat yang dominan dalam perkembangan ilmu dan sistem pendidikan umat Islam perlu dijadikan titik tolak strategi. Demikianlah, falsafah bahasa yang menjadi tumpuan pembicaraan ini sebagai bahagian falsafah yang penting memerlukan orientasi semula dengan lebih dahulu mengenal pasti falsafah bahasa yang berasaskan kerangka falsafah Barat.

Hasil langsung kegiatan berfalsafah orang Barat dalam konteks pembinaan kerangka falsafah dan pemikiran yang mendasari segala kegiatan intelektual dan ilmiah sehingga kini ialah munculnya fahaman rasionalisme, empirisisme, dan positivisme. Rasionalisme dan empirisisme menjadi dua paksi asas ilmu yang berada pada dua ekstrem dalam tradisi ilmiah Barat, sehingga tidak ada ilmu yang dibincangkan dengan tidak berasas atau bersandar pada dikotomi salah satu fahaman itu. Sementara itu, positivisme merupakan suatu bentuk empirisisme tulen (pure empiricism) yang bermula dengan pengalaman sebagai asas ilmu tetapi sesudah memperoleh teori dan kaedah tertentu persoalan metafizik tidak dianggap penting lagi (Alparslan, 1994: 8).

Rasionalisme ialah fahaman bahawa sekurang‑kurangnya sebahagian ilmu manusia bersumber daripada akal tanpa bantuan deria, dan oleh itu manusia dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat dinyatakan oleh deria (Wolff, 1992: 29). Bibit fahaman ini telah bermula pada zaman Plato sehingga beliau disebut sebagai orang yang pertama dalam sejarah yang berusaha memberikan penerangan yang sistematik tentang struktur akal atau mental (Hase, 1992: 91). Beliaulah yang mempelopori doktrin bahawa “… tidak ada apa‑apa yang wajar disebut `pengetahuan’ yang dapat diperoleh daripada deria, dan bahawa pengetahuan yang sebenarnya berkaitan dengan konsep” (Russell, 1993: 182). Dalam teori ideanya, Plato membedakan pengetahuan daripada pendapat, dengan menegaskan bahawa pengetahuan tidak mungkin salah, sedang pendapat mungkin saja salah. Satu lagi aspek penting teori idea Plato ialah bahawa sesuatu yang ketara (apparent) hanya merupakan tanggapan yang berasaskan idea atau bentuk unggul. Dengan kata-kata lain Plato mendasarkan tanggapan tentang sesuatu pada konsep. White (1991: 337‑341) merumuskan rasionalisme Plato sebagai yang berikut:

a. Terdapat persamaan dan pertalian antara falsafah dengan matematik dalam mencapai kebenaran;

b. Selain alam fizikal yang dapat ditanggap oleh indera, ada dimensi lain tentang hakikat yang dapat ditanggap hanya oleh akal;

c. Alam tampak penuh dengan objek‑objek matematik yang disebut Plato bentuk‑bentuk. Bentuk sukar dinyatakan dengan beberapa patah kata kerana sifatnya yang bukan benda, model unggul sesuatu yang wujud, dan abstrak. Bentuk mewakili bukan saja benda konkrit bahkan juga sifat seperti keadilan, kecantikan, dan kebaikan;

d. Ilmu tentang bentuk merupakan sebenar‑benarnya ilmu dan ilmu ini hanya dapat diperoleh oleh akal. Maklumat yang diperoleh oleh deria rendah martabatnya kerana bersifat sementara dan berubah terus, sedang ilmu daripada akal memenuhi ciri kebenaran (truth), kekekalan (permanence), kemantapan (stability), ketahanan (duration), dan ketentuan (certainty).

Rasionalisme mendapat garapan yang lebih mendalam, sistematis, dan utuh di tangan Rene Descartes (1596‑1650 M.) pemuka falsafah moden Barat, khususnya yang berkaitan dengan konsep ilmu, sehingga epistemologi atau teori ilmu terangkat menjadi tumpuan kajian falsafah (White, 1991: 341). Pendekatan Descartes menjadi ikutan sejumlah ahli falsafah ternama dalam pemecahan soal bagaimana akal manusia bekerja sebagai alat yang menghasilkan ilmu. Pendekatan Descartes yang mempengaruhi sebilangan ahli falsafah Barat dikenal sebagai “Kesangsian Radikal” (Radical Doubt). Kata radikal merujuk kepada kesangsian yang asas dan juga yang ekstrem, kerana bagi Descartes, kebenaran mestilah pasti dan tidak goyah. Tidak boleh ada sama sekali kesangsian, walaupun sedikit, dalam akal; sesuatu idea perlu ditolak jika timbul kesangsian (White, 1991: 342).

Sebagai lawan rasionalisme yang berteraskan akal, empirisisme ialah fahaman yang menegaskan bahawa semua pengetahuan manusia bersumber daripada bukti atau pengalaman deria yang lima, dan bukan hasil operasi akal (Wolff, 1992: 29 dan White, 1991: 348). Kalau bibit rasionalisme telah tersemai sejak Plato, maka bibit empirisisme telah bermula lima abad sebelum Masihi juga, iaitu pada zaman Aristotle apabila timbul ungkapan “Tidak ada yang dapat difahami kalau tidak terlebih dulu kita tangkap dengan pancaindera” (Scruton, 1989: 18). Gagasan Aristotle kemudian mempengaruhi falsafah pada Zaman Paderi selama dua abad (abad ke‑11 dan 12 M) dengan tokohnya yang terkenal ialah Saint Thomas Aquinas. Dalam zaman falsafah moden Barat, fahaman itu digarap dengan lebih mendalam dan sistematis oleh John Locke (1632‑1704 M) dan ahli‑ahli falsafah yang sealiran dengannya.

Dua rukun empirisisme ialah:

a. Ilmu datang melalui deria;

b. Fakta mesti dapat diperhatikan dan diuji (observable and testable). Pemerhatian yang tidak memenuhi dua ciri ini dianggap palsu dan bukan ilmu yang tulen.

(White, 1991: 348)

Golongan empiris menolak pegangan golongan rasionalis atas dasar bahawa ilmu yang berasaskan pendekatan rasional tidak memberikan sesuatu yang baru, sebaliknya ilmu empiris menghasilkan sesuatu yang belum diketahui sebelumnya.

Asas yang membedakan kedua‑dua pendekatan itu ialah bahawa golongan rasionalis menghasilkan penyataan analitis (analytic statements) sementara golongan empiris menghasilkan penyataan sintesis (synthetic statements) (White, 1991: 348‑350). Yang dimaksudkan penyataan analitis ialah penyataan yang memberikan sifat kepada sesuatu dan bahawa sifat itu sedia implisit dalam takrif objek atau konsep itu, misalnya “satu segi sama mempunyai empat sisi” atau “Orang bujang ialah orang yang belum kahwin”. Penyataan sintesis pula memberikan sifat kepada sesuatu, tetapi sifat itu di luar takrif benda atau konsep yang berkenaan, misalnya “Kertas ini putih”, dengan sifat putih bukan sifat yang sedia terkandung dalam takrif kertas (kerana kertas dapat berbagai‑bagai warnanya).

John Locke, ahli falsafah Inggeris yang terkenal dengan Teori Perjanjian Masyarakat (Social Contract) menolak gagasan bahawa akal dapat menanggap pati semesta yang tidak nyata dan bahawa akal telah dilengkapi idea nurani (innate ideas), kerana menurutnya akal tidak lain daripada sehelai kertas kosong yang kemudian menerima tulisan ilmu dari dunia di luarnya. Setiap sesuatu yang ada dalam akal ialah hasil pengamatan (dengan deria) atau refleksi (pemikiran tentang pengamatan). Pandangan Locke ini diperkukuh oleh seorang lagi ahli empirisisme David Hume yang percaya bahawa objek‑objek di dunia menghasilkan kesan (impressions) dalam akal yang jika berkekalan menjadi idea (White, 1991: 351). Kesan rasionalisme dan empirisisme dalam konteks falsafah bahasa dan pendidikan bahasa akan dihuraikan kemudian.

ASAS EPISTEMOLOGI ISLAM

Epistemologi Islam dapat difahami dengan mendalami bidang falsafah Islam kerana epistemologi merupakan salah satu bahagian kajian falsafah.. Istilah falsafah Islam membangkitkan kontroversi dalam kalangan sesetengah sarjana Islam, khususnya yang bersangkutan dengan etimologi kata falsafah itu sendiri dan juga kandungan bidang itu. Kedua‑dua isu yang menimbulkan kontroversi itu saling berkaitan. Sebagaimana yang telah diuraikan lebih awal, kata falsafah dalam bahasa Arab merupakan kata serapan daripada bahasa Yunani philosophia yang bererti `cinta akan hikmah atau kebijaksanaan’. Tradisi falsafah Yunani yang menjadi tunjang falsafah Barat memancarkan pandangan hidup orang Yunani dalam aspek teologi, kosmologi, dan etika atau aksiologi yang menurut pandangan Islam meraba‑raba dan senantiasa dalam pencarian yang tidak berkesudahan. Ketidakserasian konsep falsafah Yunani yang lebih disebabkan oleh kandungannya yang bertentangan dengan asas‑asas aqidah Islam dalam beberapa hal (seperti yang akan diuraikan kelak) menyebabkan timbul keberatan pada sebilangan sarjana Islam untuk menerima istilah falsafah Islam.

M. Saeed Sheikh (lihat Zakaria Stapa dalam Ibrahim Abu Bakar, 1994: 7), misalnya, dengan tegas membedakan istilah falsafah muslim daripada falsafah Islam. Falsafah muslim mungkin saja bersifat tidak Islam apabila, misalnya, ahli‑ahli falsafah yang beragama Islam berusaha menyesuaikan falsafah mereka dengan falsafah yang berakar umbi dalam kebudayaan Barat. Demikianlah, citra falsafah yang disebut falsafah Islam pada peringkat awalnya memang ditandai oleh upaya menerapkan falsafah Yunani, khususnya Platonisme, Neo‑Platonisme, dan Aristotelisme. Inilah yang diusahakan oleh tokoh‑tokoh yang dikenal dalam sejarah sebagai falasifah, iaitu ahli falsafah Islam, misalnya al‑Kindi, al‑Farabi, Ibn Sina, dan Ibn Rushd (Zakaria Stapa dalam Ibrahim Abu Bakar, 1994: 1‑2; Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1993: 3‑6; Shariff, M.M. 1992), sedang falsafah yang dikembangkan dengan berasaskan falsafah Yunani itu dipertikaikan, ditolak, atau malah dikafirkan oleh setengah‑setengah sarjana Islam. Tokoh yang paling keras menganggap falsafah yang berasaskan falsafah Yunani itu sebagai sesat ialah al‑Ghazali (1058‑1110 M) yang melalui karya seperti Tahafut al‑Falasifah (Kekacauan Ahli Falsafah) dan Al‑Munqidh Min al‑Dalal (Pembendung Kesesatan) memperlihatkan asas‑asas kesesatan aliran falsafah itu (lihat Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1993: Pendahuluan dan 3‑6). Dalam Tahafut al‑Falasifah Al‑Ghazali mengemukakan 20 kesalahan aqidah dalam falsafah yang dianut oleh al‑Farabi dan Ibn Sina, serta ahli‑ahli falsafah yang lain, dan tiga yang paling besar ialah:

a. Alam ini qadim dan azali;

b. Allah hanya mengetahui perkara‑perkara yang umum atau universal (al‑kulliyat) dan tidak mengetahui perkara‑perkara yang khusus (al‑juz’iyat);

c. Jasad manusia tidak dibangkitkan semula pada hari Kiamat; hanya roh yang akan menerima pembalasan.

(Zakaria Stapa dalam Ibrahim Abu Bakar, 1994: 2 dan Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1993: 17)

Jelas bahawa yang menjadi keberatan sarjana‑sarjana Islam yang berusaha menjaga kemurniaan aqidah dan syariah Islam ialah aliran falsafah yang bernafaskan falsafah Yunani, sehingga falsafah sedemikian menurut M. Saeed Sheikh hanya layak disebut falsafah muslim kerana kebetulan dikembangkan oleh ahli‑ahli falsafah yang menganut agama Islam, tetapi belum mencapai konsep falsafah Islam. Apakah falsafah Islam? Menurut M. Saeed Sheikh, falsafah Islam mesti ditakrifkan sebagai upaya menerjemahkan dan membina semula pelbagai wawasan metafizik yang terdapat dalam al‑Qur’an dengan menggunakan bahasa dan gaya falsafah yang tidak terdapat di dalamnya sebarang unsur muhibah terhadap sesuatu yang tidak Islam (Zakaria Stapa dalam Ibrahim Abu Bakar, 1994: 7‑8).

Dengan lebih mendalam, Alparslan (1994) menakrifkan konsep falsafah Islam sebagai “konsep saintifik yang muncul daripada pandangan hidup Islam, tetapi sebagai unjuran daripadanya, secara langsung melalui skema konsep saintifik Islam”. Berasaskan takrif tersebut, beliau menggariskan tiga faktor yang mencirikan konsep falsafah Islam, iaitu:

a. pandangan hidup Islam sebagai perspektif yang seluas‑luasnya dan sebagai asas falsafah;

b. skema konseptual saintifik sebagai asas yang bersifat langsung dan rapat, yang dengannya ahli falsafah melaksanakan kegiatan‑kegiatannya;

c. kegiatan falsafah itu sendiri yang dilaksanakan melalui istilah‑istilah khusus yang disebut skema konsep saintifik yang khusus.

Faktor pertama, iaitu pandangan hidup merupakan suasana latar bagi kewujudan falsafah Islam. Pandangan hidup Islam yang melatari falsafah Islam dirumuskan oleh al‑Attas (1978: 41‑42) melalui konsep pengislaman sebagai pembebasan manusia daripada kekangan tahayul, dongeng, animisme, tradisi budaya pribumi, dan sekularisme terhadap akal dan bahasanya. Oleh itu, segala kegiatan saintifik falsafah terlaksana dalam lingkungan suasana latar yang berasaskan pandangan hidup tersebut. Faktor kedua, iaitu skema konsep saintifik dikenal sebagai “konteks” falsafah Islam. Tatanama yang dihasilkan oleh sarjana Islam dengan berlandaskan pandangan hidup Islam melahirkan skema konsep saintifik Islam yang berbeda daripada skema konsep saintifik Barat. Mana‑mana kegiatan falsafah yang tidak berasaskan skema konsep saintifik Islam tidak dapat diterima sebagai hasil falsafah Islam. Antara skema konsep saintifik Islam yang penting termasuklah konsep ilmu, kebenaran, sains, penyataan saintifik, teori, dan kaedah (Alparslan, 1994: 27). Akhirnya, faktor ketiga, iaitu skema konsep saintifik yang khusus ialah hasil penyelidikan sarjana dalam bidang masing‑masing yang bersifat khusus untuk bidang ilmu yang tertentu, tetapi kesemuanya tetap dalam kerangka pandangan hidup dan skema konsep saintifik Islam tadi. Sebagai contoh, konsep‑konsep dalam disiplin sains tabii mungkin berlainan daripada konsep‑konsep dalam sains sosial; namun kelainan itu semata‑mata bersebab daripada kelainan bidang tetapi tetap berasaskan skema konsep saintifik yang sama dalam hal ilmu, kebenaran, keadilan, teori, kaedah dan sebagainya.

Sejajar dengan kenyataan bahawa pandangan hidup Islam melatari falsafah Islam, Seyyed Hossein Nasr (1989) menegaskan ciri falsafah Islam sebagai suatu ilmu tabii yang merujuk serta berdasar pada tauhid sebagai doktrin induknya. Dengan sendirinya falsafah yang berlandaskan skeptisisme atau kesangsian yang menjadi kegiatan ego diri manusia untuk melampaui ilmu Tuhan tidak dapat diterima sebagai falsafah Islam. Bahkan tafsiran “keislaman” ahli falsafah muslim yang jelas terjerat oleh falsafah Barat seperti yang dilakukan oleh Iqbal, menurut S.H. Nasr masih tetap di luar konsep falsafah Islam (Nasr, 1989: 4). Senario falsafah menurut perspektif Islam tidak sesuai lagi disempitkan kepada konsep falsafah yang diamalkan oleh orang Yunani atau ahli‑ahli falsafah Barat moden seperti Descartes, Leibnitz, Locke, Hume, Kant, dan Hegel, ataupun falsafah yang melahirkan aliran pemikiran eksistensialisme, positivisme, dan mekanisme.

Bahkan falsafah Islam yang sering dikaitkan dengan Ibn Sina dan al‑Farabi itu pun belum sesungguhnya memenuhi konsep falsafah Islam sejati. Seperti kata Mahsin Mahdi (lihat Zakaria Stapa dalam Ibrahim Bakar, 1994: 9‑10), falsafah Islam yang berasal‑usulkan tradisi Yunani sudah berupa suatu persoalan sampingan saja; pelbagai gantian telah dikemukakan sebagai pilihan yang lebih baik untuk mengisi falsafah Islam, iaitu teologi Islam, perundang‑undangan Islam, tasawuf Islam, dan sebagainya sehingga sekalian mutakallimin (ahli ilmu kalam atau teologi), ahli sufi, fuqaha, muhadithun (ahli hadith) merupakan pemikir yang sah untuk digelar sebagai ahli falsafah Islam. Seyyed Hoesein Nasr (1987: 3‑4 dan 21‑25) memperkukuh pandangan itu dengan mengungkapkan bahawa yang difahami sebagai falsafah itu bukan semata‑mata falsafah menurut perspektif Barat, bahkan wujud juga dalam segala ilmu Islam yang lain seperti tafsir, hadith, kalam, usul fiqh, tasawuf, sains tabii, matematik, kosmologi, kesenian, psikologi, sains sosial, dan sains politik. Sesungguhnya konsep falsafah yang difahami umum, iaitu falsafah menurut kerangka atau skema pemikiran Barat itu merupakan kesan gerakan orientalisme yang menyemaikan kepercayaan melalui bidang ilmiah dengan teori kebangsaan12 bahawa Islam tidak mampu melahirkan ilmu falsafahnya sendiri melainkan mencedok falsafah tradisi Yunani (Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1989: 84‑89).

Daripada sudut penggunaan akal sebagai asas berfalsafah, tidak ada agama mana pun yang meletakkan akal manusia begitu tinggi kecuali agama Islam (Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1989: 86). Allah memuliakan manusia dan melebihkannya daripada makhluk‑Nya yang lain dengan mengurniakan akal. Agama Islam meletakkan akal sebagai asas aqidah dan pertanggungjawapan manusia. Mengabaikan penggunaan akal dianggap sebagai satu kesalahan atau satu dosa. Hal ini ditegaskan dalam al‑Quran Surah al-Mulk, ayat 10‑11. Jelas bahawa al‑Quran menyeru manusia supaya menggunakan akal fikirannya dan hal ini akan dihisab kelak, sesuai dengan penegasan al‑Quran dalam Surah al‑Isra’, ayat 36.

Dengan tegas Islam menolak taklid secara melulu dan sebaliknya mewajibkan penggunaan akal fikiran dalam segala hal yang bersangkutan dengan aqidah dan syariah Rasulullah S.A.W. menurut riwayat al‑Tarmizi bersabda, “Jangan kamu menjadi pengikut buta.” Dalam konteks inilah Taha Jabir al‑Alwani (1993) menegaskan ijtihad sebagai keperluan mutlak dalam memastikan kelangsungan hidup syiar Islam. Di samping itu Islam menolak segala bentuk khurafat, sihir, tilik‑menilik, dan segala perbuatan yang tidak bersandar pada akal yang terpimpin. Inilah asas yang memungkinkan terbentuknya tamadun dan pemikiran Islam yang menurut al‑Attas berasaskan intelektualisme dan rasionalisme (1965, 1972, dan 1979).

Dalam konteks pengembangan falsafah sebagai suatu disiplin ilmu, al‑Quran menyeru manusia menyelidik sekalian yang ada di langit dan di bumi serta yang ada pada diri manusia sendiri untuk mengenal hakikat kebenaran. Dalam konteks pembicaraan ini, bahasa sebagai bahagian penting diri manusia merupakan sesuatu yang perlu dikaji untuk mencapai pengenalan tentang kekuasaan dan keperkasaan Tuhan. Salah satu ayat al‑Quran yang berkaitan dengan hal ini terdapat dalam Surah Fussilat ayat 53. Jika kita pertalikan persoalan pokok yang digarap oleh ahli‑ahli falsafah sejak zaman awal, iaitu yang berfokus pada hakikat alam dan hakikat diri, jelas bahawa Islam memang menganjurkan penelitian yang sedemikian.

Berkaitan dengan doktrin falsafah, al‑Quran menyajikan aspek‑aspek yang sempurna, iaitu meliputi hal ehwal duniawi dan hal ehwal ukhrawi. M.M. Shariff (1994) dalam kupasannya tentang doktrin falsafah dalam al‑Quran menggariskan aspek‑aspek yang berikut:

a. Hakikat muktamad (Allah dan sifat‑sifat‑Nya).

b. Tuhan dan alam.

c. Hubungan Tuhan dengan manusia.

d. Hakikat ruh.

e. Teori ilmu (epistemologi).

f. Kuasa manusia.

g. Kebebasan manusia.

h. Perihal mati.

i. Hidup sesudah mati.

Jelas bahawa cakupan falsafah Islam tidak terkeluar daripada perkara‑perkara dasar yang berkaitan dengan aqidah. Inilah yang membedakan falsafah Islam daripada falsafah Barat.

Khusus tentang epistemologi Islam, beberapa prinsip yang penting tentang ilmu dapat dirumuskan daripada huraian Jurjani dalam kitabnya Ta`rifat (Muhammad Zainy Uthman, 1989) seperti yang berikut:

1. Ilmu didasarkan pada pegangan (iktikad) yang teguh bertepatan dengan hakikat.

2. Tibanya rupa sesuatu pada akal (al-Attas mengungkapkannya sebagai “ketibaan makna pada diri”).

3. Ilmu merupakan suatu sifat yang ada pada diri manusia yang membolehkannya mendapat dan mengenal kulliyat dan juz`iyyat.

Tentang sumber ilmu pula, kitab Aqaid al-Nasafi yang menjadi sumber rujukan utama Ahli al-sunnah wal-Jamaah menetapkan tiga sumber utama ilmu, iaitu pancaindera yang lima, khabar yang sadiq atau benar dan akal. Jelas bahawa menurut epistemologi Islam, asas untuk merumuskan sesuatu ilmu (termasuk dapatan dan analisis kajian) tidak disandarkan semata-mata pada pancaindera sebagaimana yang begitu ditekankan dalam epistemologi Barat. <sambungan>

3 Komen

  1. pengamal tarekat mestilah berguru dengan guru yang murshid

  2. Salam. Guru muryid itu jarang ada. Guru muryid itu mungkin 20% dari jumlah wali semaaa.jika jumlah semasa sedunia adalah 600 orang.maka muryid yang anda maksudkan itu dalam 120 orang sedunia.Mwrwka mengajar bakal wali. Kekurangan wali hudup semasa di top up oleh wali wafat jumlahnya ramai.,seluruh nabi yang wafat sekutar 124 000 adalah rijal ghaib.Mursyid khalifah tarekat itu belym gerenti seorang yang marifat yang lengkap.tambahlagi kumpulan yang otak senget gurunya.mereka sangat meremehkan Ibadat syariat tanpa sama sama membelanya sebagai ibadat yang wajib dan amat peelu untuk awam.umat islam itu lemah di ulama yang disokong kerjaaan.para guru wali tidak mahu sibuk dengan tugasan mengajar orang ramai sebab ini tugas para intelektual islam.Mereka bergaji dwngan sebab berdakwah dan.mendidik.wali besar tidak ada masa kerana mereka bersama tugas lain.dan masih mendidik seirang dua murid yang biasanya marifat. Dalam kita memikirkan perkara umat kita memikir kesan tiada ilmu marifat ini dalam masyarakat islam dan ihsan atau moral yang buruk dalam mayarakat islam sejak berzaman.Kehadiran intetual moden islam dari manhaj wahabi makin memburukkan falsafah ketuhanan atau itikad ketuhanan dalam umat islam.falsafah yang digubal ulama yahudi ini berkesan membuat sufi amat ditentang oleh mereka lantaran mereka mahu berkuasa dalam urystadbir jabatan kerajaan.mereka,ekinomi dan politik bertopengkan agama. Adalah rugi besar ymat usl ax m dari berp as g as I mazhab dan fahaman tu dak memurnik as n akidah mereka dan membangunkan ihsan mereka.Moral umat islam lebih buruk dari moral orang jepun.menunjukkan.masyarakat jepun tahu malu.melebihi masyarakat islam. Ulama dan peningkatan penduduk islam dubarat tudaklah menunjuka nmereka kuat.Mereka sekadar betul tetapi tudak menjadi benar. RUJUK KISAH SYIRIK TERSEMBUNYI PERKATAAN PERBUATAN YANG NABI JELASKAN KEPADA SAUDAD BIN AUSI DI SEBUAH PASANG RUMPUT DI MADUNAH.Saat nabi sudah merasai ia akan wafat dan berbicara dengan Allah tentang umat manusia dan.umatnya. Nabi mendapat hak sufaat untuk umat. Dunia juga di bantu oara wali dan beberapa rahmat wali untuk sah a batnya di akhurat serta sufaat anak anak.mati kecil. Namun nabi menangis terisak isak. Saudad bin Ausi memerhatikannkeadaan nabi bersendirian ini lalu cuba mendekati nabi untuk keselamatan.ia mendapatu ada cahaya cerah nabi. SETELAH DIBERI SALAM NABI MENJAWAB PEETAYAANBSAUDAD BIN AUSI. NABI BERKATA . AKKAH KATA UMAT ISLAMNTIDAK KAFIR TETAPI MEREKA SYURIK TERSEMBUNYI DAL A M OERKATAAN DANNOERBUATANNYA.MENYEBABKAN IBADATNYA SETIAO.MASA DICAMOAKAN SEBAGAI KEJAHILANNYANG BERTAMBAH KEOADA UMATNYA SEORANG DEMI SEIRANG. IBADATNYA TELAH DIRUKMEN BENAR IKEH PENCATAT AMAL KRVAIKAN TAOI SEMASA DIANGKAT OLEH MALAIKAT HAFAZAH KE LANGIT,AMALAN ITU DIOERINTAHJSH DICAMOAK TURUN KEPADA PELAKUNYA.Rengkasnya umat islam bodoh dan intelektualislam akan verdepan dengan muflis tanpa mereka sedar.mereka akan.mendapati mereka tiada pahala sedangkan mereka amal rukun islam dengan wajar. Ulama juga sama nasibnya.mereka syirik tersembunyi. MAKA ANDA OERLU MENCARI INTUSARI SYURIK INI DAN MENG A MBIL INISIATIF MENGATASI UNTUK DIRI MASING MASING.INI LEBIH OENTING DARI OERJUANGAN KAUM WAHABI.SEBAB MEREKA BUKAN MURSYID DAN GOLONGAN WALI SEGALA ULAMA MEREKA.IKUTLAH ALiRAN YANG DIBUKTUKAN RAMAI ULAMA BENAR DAN WALI.BAGAIMANA PUN ILMU LEPAS,DARI SYIRUK TERSEMBUNYI UTU HENDAKLAH DIPEROLEHI DARI AJARAN ILMU kETUHANAN ALRAN MARIFAT, SUFI DAN WALI.Syirik tersembunyi ini besar impaknya terhadao pahala dannkeredhaan allah terhadat diri umat islam. MEREKA DIJURANG NERAKA.MEREKA YANG BENCI ALIRAN SUFI DAN ALIRAN HAKIKAT AKAN RUGIKAN DIRI DAN TURUNAN MEREKA. kata seorang khadi kerajaan zaman khalifah setelah meyoal siasat ilmu agama kaum sufi yang diperintah bunuh oleh jhakuf a h kerana mendengar nasihat kaum muktazilah .dan orang irang islam awam yang ragukan tentang mereka.mereka 6 orang utu sebenarnya sudah dioerintah bunuh. HUKUMAN TERTANGGUH DAN MEMINTA KHADI SIASAT MELALUU UJIAN HUKUM HAKAM FEKAH.setelah mendengar jawapan dari 3 orangvdari mereka.khadi tersebut menulis surat keoada khalifah… sekiranya mereka ini dituduh kafir dan sesat,maka yang selain mereka bukan islam.merekalah terbaik.dituduh sesat dan jafir. Maka tang buruk dari.mereka adalah bukannuslam lagi.sudah tiada agama uslam apabila kekasih allah dituduh sesat san kafir. Rujuk kisah ini dan cari cara mengatasinya untuk selamat diri.jangan menyangka allah itu maha pengampun,alkah juga maha murka.hukum dan maha adil.irang syirik tersembunyi masuk.neraka dan syirik nyata kekal dalam neraka.Jangan fikir mursyid atau wali,fikir ilmu yang lepasdari syirik tersembunyi itu wahai anda sekelian.

  3. Salam. Adalah teramat penting umat islam berilmu sampai tahap faham keadaan syirik tersembunyi. Para ahli sufi tinggi telah faham ilmu syaruat dan ilmu tidak syirik tersembunyi dalam perkataan dan perbuatan.ibnu taimiyah dan mohamad bin abdul wahab serta pengikutnya dalam syurik tersembunyi berdasarkan tulisan mereka. Intelektual islam juga syurik ini juga dalam semua aktuvitinya sehari hari.Biarpun kita bikan.pakar fekah atau hadis dannilmu islamn lain.Kita perlu faham selok belok syirik tersembunyi sebagai penyempurnaan itikad kita sebagai umat islam.ini juga cara kaum wali dan sufi beritikad.KITA CARI BAGAIMANA KITA DALAM KEADAAN SYiRIK TERSEMBUNYI YANG MERUGIKAN AKHIRAT KITA.perkara perbedzaan fekah itu adalah ketetapan fatwa jemaah terbesar dunia.bukan ia ketetapan arab saudi. Mereka sama lahir dengan ulama serata dunia.mereka jenerasi ulama masa kini.dan ilmu islam itu sudah sama pandai dan mahir antara ulama mesir,syiria,jordan dengan arab saudi.Kita pun sama saja.lagi lagi kita ada sekolah pondok dan universiti islam. Kita tidak perlu tunjuka ajar ustaz arab dalammsoal agama berlebihan hingga rosak itikad dan amslan kita.Haramkan buku fatwa ibnu taimiyah dan hati hati dengan buku yang dicetak semula dan diubah isinya oleh wahabi….kita kembali kepada itikad tidak syirik kepada allah tersembunyi dalam perkataan dan perbuatan. Pelajaran ini kena ambil dari teori ketuhanan dan diri manusia ikut fahamannkaum sufi. Setelah fahami dan yakinnkita boleh mengambil itikad yang paling benar. SYIRIK TERSEMBUNYI AMAT DIGERUNI OLEH SYIDINA OMAR DAN ABU BAKAR.Syirik tersembunyi buat amal ibadat kuta dihumban turun menimba kita sebagai keburukan,padahal malaikat pencatat amal baik sudah tuliskan kebaikan mengikut fekah yang betul tetapi allah memerintah malaikat penjaga langit memeriksa dan menolaknya. Syirik ini akan menimpa golongan.jahil dan intelektual bahkan kaum wahabi itu syirik tersembunyi semuanya.Perjuangan mereka memurnikan amalan.orang islam itu tak berfaedah.Kita tidaklah tertaklok kepada amalan yang banyak tapi tertaklok kepada syirik tersembunyi atau tidak. Tanpa banyak amalan pun.tidak mengapa kerana taubat kita diterima,doa diterima dan amalan sedikit pun diterima Allah.Kita bukan.masuk.neraka kerana t a k simpan.janggut dan tak pendekkan.misai.Kita bukan.masuk.neraka kerana tahlilan dan selawatan.Kita masuk neraka tanpa hisab kalau jenis penguasa,yang zalim,penguasa tidak amanah,peniaga menipu dan.ulama yang dusta.ulama yang sudah diterangkan kesalahan mereka tapi degil itu dikira dusta kerana ia terus mengatakan manhaj mereka benar. SAYA PERMUDAHKAN PEMINAT KAUMSUFI..TUMPULAH HAL EHWAL SYIRIK TERSEMBUNYI DALAM PERBUATAN DAN PERKATAAN. AMBILLAH ILMU ILMU BERKAITANNYA UNTUK RUMUSAN DAN KESIMPULAN DALAM ITIKAD.BERDIRI DISITU .DISITULAH JALAN BENAR.CUKUP UNTUK ORANG BERAKAL HAL ITU WALAU TIDAK KESEMPATAN IKUT SALIK SUFI DAN AKTIF TAREKAT.KITA PERMUDAHKAN MEREKA AGAR IBADAT MEREKA SAUDARA SAUDARA KITA DITERIMA ALLAH.BANGKITLAH SEMUA AMBIL IA SEBAGAI ILMU FARDU AIN UNTUK SEMUA LELAKI DANNPEREMPUAN MEMAHAMINYA.PELAJARI LAH NANTI KITA KETEMUI HAKIKATNYA .JANGSN KITA MELU NANTI KUFUR DAN.JANGAN KITA JADI KAFIR KERANA MENOLAKNYA PENGAKUAN BERTUHAN.

 

----

Nota: Pengunjung yang ingin beri komen dimohon gunakan ejaan yang betul supaya tak mengelirukan pembaca. Untuk makluman, komen yang mengelirukan, tak jelas tujuan dan maklumatnya, atau ‘spam’, tidak akan disiarkan atau akan dipadam. Harap maklum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *