Kemas kini terbaru: January 19, 2017

Kategori

 

 

  • Kumpulan Penyelidikan

    Sains dan Teknologi

    Bahasa dan Linguistik

    Fizik Teori dan Matematik

    Falsafah

    Sains Sosial

    Ekonomi dan Kewangan



    (Nota: Pautan di atas akan dihubungkan ke laman khas setiap kumpulan penyelidikan terbabit)
  • Arkib

  • Cari topik / kata kunci

    Untuk carian topik tertentu, boleh gunakan enjin carian internet Google. Masukkan kata kunci / topik yang ingin dicari dan 'site: www.kesturi.net'. Cth: lawati www.google.com dan taip 'epistemologi site:www.kesturi.net' untuk mencari penulisan berkaitan epistemologi di kesturi.net. (Masih berkemungkinan akan menemui hasil daripada tempat lain juga)

     

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ikuti perkembangan ASASI dan kesturi.net dengan Twitter:
    @kesturidotnet

     

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib oleh admin

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik, UPM dan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) akan menganjurkan Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017 seperti mana berikut;

Tarikh : 21 Januari 2017 (Sabtu)
Tempat : Bilik Seminar al-Farabi, Institut Penyelidikan Matematik, UPM.
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

[Baca teks penuh...]

Presiden ASASI menerima Anugerah Merdeka 2016

Setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden ASASI, iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Wan Ramli, yang telah menerima Anugerah Merdeka 2016 (Merdeka Award 2016) kerana Pencapaian Akademik Cemerlang (Outstanding Scholastic Achievement) di Dewan Filharmonik Petronas. Sebelum ini YBhg. Prof. Wan Ramli dan seorang lagi penyelidik, Prof. Dr. Siti Kartom Kamarudin telah disenaraikan dalam senarai Minda Saintifik Paling Berpengaruh Dunia 2015 oleh Thomson Reuters.

[Baca teks penuh...]

Kesturi 2015M/1436H, 25 (2)

Jurnal Kesturi edisi 2015M/1436H, 25 (2) merangkumi empat makalah berikut :

1. Penggelintaran jenis perahu tradisi Malayonesia di Selangor 1-24 :
Mohamad Rohaizat bin Abdul Wahab, Nik Hasan Suhaimai Nik Abdul Rahman, dan Zuliskandar Ramli
_
2. Konsep kewustaan fungsi skalar tanpa kekangan. 26-31 :
Shaharir bin Mohamad Zain,
_
3. Model dwi-nisbah perkongsian keuntungan 33-49 :
Shar Nizam bin Sharif, Nurfadhlina binti Abdul Halim dan Saiful Hafizah binti Jaaman@Sharman,
_
4. Malay Classification of Buddhist Knowledge Revisiting VIadimir Braginsky’s Sistem of Classical Malay Literature 51-70 :
Tee Boon Chuan,
_

[Baca teks penuh...]

Kesturi 2015M/1436H Bil 25 (1)

Jurnal Kesturi edisi 2015M/1436H, 25 (1) merangkumi empat makalah berikut :

1. Unsur Matematik dalam Hikayat Hang Tuah :
Abdul Razak bin Salleh, Puteri Norsabirah bt Jamaludin & Shaharir bin Mohamad Zain
_
2. Trigonometric solutions using sine quadrant :Baharrudin bin Zainal & Mat Rofa bin Ismail
_
3. Suatu kajian kesesuaian dan penerapan tafsiran evolusi sosial dan konsep kerajaan Malayonesia di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan falsafah Marx-Engels :
Nasha bin Rodziadi Khaw. & Nazarudinbin Zainun
_
4. Epistemologi Malayonesia berbahasa Melayu :
Shaharir bin Mohamad Zain
_

[Baca teks penuh...]

Himpunan Rakyat Bantah DLP

Himpunan Rakyat Bantah DLP -> 26 Mac 2016 (Sabtu) -> Jam 2.00 petang -> Berkumpul di Masjid Jamek #keranda152 #mansuhkanDLP #bahasajiwabangsa semua dijemput hadir. tunjukkan sokongan anda!

[Baca teks penuh...]

Kesturi 2014/1435H, 24 (2)

 

 

Jurnal Kesturi edisi 2014/1435H, 24 (2) merangkumi lima makalah berikut :

 

 

  1. The Influence of Islamic Mathematics in the Malay World: A Study of Clasical Astronomical Tables :
    Baharrudin bin Zainal & Mat Rofa bin Ismail
    _
  2. Model mudah bagi pelenyapan riba’ dalam sistem perbankan lazim dan Islam Kini :
    Ismail Bin Mohd
    _
  3. Adakah nahu bahasa Melayu beracuan sendiri? :
    Mohd Tarmizi bin Hasrah
    _
  4. Alam dalam sistem kepercayaan suku kaum Semaq Beri di Terengganu, Malaysia :
    Ramlee bin Abdullah
    _
  5. Bahasa Penemu Ilmu :
    Shaharir bin Mohamad Zain
    _

[Baca teks penuh…]

Permasalahan epistimologi: enigma kesedaran dan kaitannya dengan kosmologi Melayu

Oleh: Azree Nazri – Kesedaran adalah halus tetapi tidak ghaib. Kehadirannya secara mudah dapat diperhalusi apabila sedang mendisriminasikan situasi gelap dan cerah. Tetapi jika diteliti, kecerahan/kegelapan yang sampai ke saraf yang berasal dari mata dan kemudian ke otak adalah tidak penting untuk fungsi kesedaran. Yang paling menghairankan, fotodiod yang sensitif cahaya juga dapat mengecam keadaan cerah dan gelap. Bilamana cahaya dipasang, meningkatkan arus didalam litar, ia menyala, dan jika lampu dipadamkan, arus didalam litar jatuh kepada kosong, ia tidak menyala. Adakah fotodiod juga sedar keadaan gelap dan cerah, sepertimana kita? kenapa fotodiod juga tidak dikatakan mempunyai satu pengalaman sedar cerah dan gelap? Mesti ada beberapa tatacara yang perlu dipenuhi sebelum aktiviti sel-sel tertentu didalam korteks visual dapat dikaitkan dengan pengalaman sedar cerah dan gelap, dimana aktiviti fotodiod tidak. Adakah alam kuantum mempengaruhi fenomena ini? Apakah hubungan kesedaran dengan kosmologi Melayu?

[Baca teks penuh...]

Belasungkawa

Al-Faatihah: Dengan Sedihnya dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden ASASI yang disayangi, Dr. Assanah bin Mohd Mydin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 April 2015/27 J’Akhir 1435 H kerana kemalangan jalan raya bersama seorang anaknya dan isterinya, Zalehar Omar (juga seorang ahli aktif ASASI). Ketiadaannya suatu kehilangan besar kepada ASASI kerana beliaulah satu tonggak terbesar kewujudan ASASI. …

[Baca teks penuh...]

ASASAINS 1435H / 2015M / 1937S – Jilid 1

ASASAINS 1435H / 2015M / 1937S – Jilid 1 : ASASAINS ialah Buletin Rasmi ASASI (untuk edaran ahli ASASI sahaja)

[Baca teks penuh...]

ASASAINS 1434H / 2014M / 1936S – Jilid 2

ASASAINS ialah Buletin Rasmi ASASI (untuk edaran ahli ASASI sahaja)

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 1